top of page

Aktiviti Agihan Zakat, Wakaf & Fidyah



PROGRAM PEMANTAPAN ISLAM : ASAS AKIDAH SIRI 1
Alhamdulillah, Kompleks as-Sa'adah (KAS) MAINS telah berjaya menganjurkan Program Pemantapan Islam: Asas Akidah Siri 1 yang disertai oleh 42 orang mualaf dari seluruh Negeri Sembilan pada hujung minggu lalu. Program ini memberi penekanan kepada pengukuhan asas keimanan melalui pembelajaran Rukun Islam dan Rukun Iman secara interaktif, santai serta menyeronokkan. Para peserta bukan sahaja mempelajari teori, malah turut terlibat dalam pelbagai aktiviti yang menguji kefahaman da
20 Jul


BAYI PRAMATANG TERIMA BANTUAN RM15k
Di sebuah rumah sederhana di Taman Desa Dahlia, seorang bayi yang kini berusia empat bulan dilahirkan pramatang dan disahkan menghidap 'Prematurity with Chronic Lung Disease'. Si kecil ini memerlukan rawatan serta suntikan khas bagi memastikan keadaannya terus dipantau dan diberi peluang untuk membesar dengan lebih sihat. Bagi kedua-dua ibu bapanya, setiap hari adalah perjuangan. Harapan mereka hanya satu, iaitu melihat anak kecil mereka membesar dengan sihat seperti kanak-ka
16 Jul


PROGRAM 'THE NEXT LEVEL'- SIRI 1 ANJURAN KOMPLEKS DARUL ASNAF SRI SENDAYAN (DASS) MAINS
Kompleks Darul Asnaf Sri Sendayan (DASS) MAINS telah menganjurkan Program 'The Next Level' - Siri 1 selama dua hari satu malam pada hujung minggu lalu di D’Tempat Country Club dan Kompleks DASS sendiri dengan melibatkan penyertaan seramai 32 orang pelajar kompleks tersebut. Penganjuran program ini bertujuan menyediakan platform pembangunan diri yang memfokuskan kepada pembinaan minda positif, penguasaan teknik pembelajaran yang berkesan, pembangunan potensi diri, pengukuhan s
14 Jul


PRIHATIN NASIB WARGA EMAS OKU
Baru-baru ini, MAINS telah menerima maklumat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) yang menetap bersendirian di sebuah rumah usang dalam keadaan yang amat daif. Hasil siasatan mendapati beliau merupakan penerima bantuan JKM di Selangor dan telah menetap di Negeri Sembilan sejak Januari lalu selepas dihalau oleh anak kandungnya. Beliau yang menghidap strok sehingga menyebabkan sebelah anggota badannya lumpuh tidak lag
14 Jul


UJIAN MENJELANG SUBUH, PRIHATIN MAINS MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN DI GEMAS
Dalam sekelip mata, tempat berteduh yang menjadi saksi kehidupan sekeluarga musnah dijilat api. Itulah ujian yang menimpa Pn.Noriah Othman, 68, apabila kediamannya di Taman Sentosa, Gemas dipercayai terbakar akibat litar pintas dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi semalam. Turut terjejas dalam insiden tersebut ialah adik beliau, anak serta cucu yang tinggal bersama di rumah berkenaan. Prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga ini, MAINS telah hadir menziarahi mangsa bagi
10 Jul


PENGHANTARAN 15 ANAK ASNAF KE PROGRAM LATIHAN & KERJAYA ONSHORE OIL & GAS
MAINS dengan kerjasama High Skills Technology Sdn. Bhd. (HiSTEC) telah menghantar seramai 15 orang anak asnaf yang berjaya dalam sesi temuduga sebelum ini ke Ranaco Education & Institute, Kemaman bagi mengikuti Program Latihan dan Kerjaya Onshore Oil & Gas selama tiga minggu. Sebelum ini, sesi temuduga bagi pemilihan peserta telah diadakan pada 24 Jun 2026 di Masjid Bandar Senawang, Negeri Sembilan bagi mengenal pasti calon yang layak menyertai program tersebut. Program ini b
5 Jul


SAMBUTAN MAAL HIJRAH ASNAF REMBAU
Seramai 51 orang asnaf fakir dan miskin MAINS dalam kariah Masjid an-Nur Rembau telah menghadiri Program Sambutan Maal Hijrah Bersama Asnaf di Bilik Kuliah Tingkat 1, Pejabat MAINS Daerah Rembau hari ini. Program tersebut diadakan bagi menyemarakkan penghayatan Maal Hijrah serta memperkukuhkan semangat perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik dalam kalangan para asnaf. Antara pengisian utama program ialah ceramah perdana bertajuk 'Hijrah: Keazaman berlandaskan al-Quran' ya
3 Jul


MAINS SANTUNI & SALURKAN BANTUAN MESIN OKSIGEN KEPADA ASNAF MASALAH KANSER PARU-PARU, HATI DAN TULANG
Seorang asnaf yang tinggal di Taman Jemapoh, Kuala Pilah diuji dengan kesukaran bernafas akibat masalah kanser paru-paru, hati dan tulang. Melalui amanah zakat, MAINS telah menyantuni beliau dan menyalurkan bantuan mesin mesin oksigen bernilai RM2,900 bagi membantu beliau kembali bernafas dengan lebih baik terutamanya ketika waktu tidur. Bantuan telah disampaikan oleh Pegawai MAINS Daerah Kuala Pilah, Ust. Syed Mazlan Syed Azizan. https://www.facebook.com/share/p/18ohf3L9g8/
30 Jun


KEYAKINAN DIBINA, POTENSI DIGILAP
Bukan semua usahawan dilahirkan dengan keyakinan untuk bercakap di hadapan kamera. Namun dengan ilmu, latihan dan bimbingan yang berterusan, keyakinan itu mampu dibina. Seramai 40 orang Usahawan Asnaf MAINS telah menyertai Program Karisma Depan Kamera yang diadakan di Hotel Royale Chulan. Program setengah hari ini telah dirasmikan oleh Pengarah, Jabatan Zakat, MAINS, Tn. Mahadi Ali dan turut disertai oleh 30 orang pegawai MAINS. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha
29 Jun
bottom of page
