top of page

Aktiviti Agihan Zakat, Wakaf & Fidyah

ZAKAT


MAINS SANTUNI KELUARGA TERKESAN, BANTU PROSES PEMINDAHAN KE KEDIAMAN LEBIH SELAMAT
Di Seremban, MAINS bersama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) telah menyantuni sebuah keluarga yang terkesan susulan kerja-kerja perobohan sebahagian kediaman mereka bagi tujuan projek pembesaran sungai berhampiran Bangunan MARA. Keluarga berkenaan sebelum ini menetap di atas tanah rizab kerajaan yang turut berada di kawasan yang sering dilanda banjir. Lima ahli keluarga mendiami kediaman tersebut, terdiri daripada tiga orang warga emas, seorang lelaki yang te
1 Okt


DARI NEGERI SEMBILAN KE MAGHRIBI, ZAKAT MENGIRINGI PERJALANAN MENUNTUT ILMU
Malam ini, 29 September 2026, seorang pelajar tajaan MAINS akan memulakan perjalanan ke Maghribi bagi melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Hassan II. Beliau merupakan antara pelajar terpilih dari seluruh Malaysia yang menerima tajaan pengajian daripada Kerajaan Maghribi. Bagi membantu memastikan perjalanan menuntut ilmu ini dapat diteruskan dengan lebih baik, MAINS turut menaja kos sara hidup sepanjang tiga tahun pengajian berjumlah RM36,000 melalu
29 Sep


"BAGI MAK CIK, SEMUANYA SUDAH MENCUKUPI..."
Biarpun tinggal di sebuah rumah tanpa dapur, menggunakan tandas di luar serta berdepan risiko ular memasuki kediaman pada waktu malam, Pn. Rokiah Mohd Yassin tetap menyambut kunjungan MAINS dengan wajah yang ceria dan penuh reda. Ziarah ke kediaman asnaf warga emas di Kampung Jelin, Jelebu ini dilaksanakan selepas semakan rekod mendapati beliau tidak pernah memohon bantuan lain selain Bantuan Fakir Miskin. Ketika kunjungan dilakukan, Pn. Rokiah baru sahaja pulang mendapatkan
11 Sep


4 NELAYAN ASNAF PORT DICKSON TERIMA JALA
Empat orang nelayan asnaf di daerah Port Dickson menerima bantuan berupa satu set jala dan wang tunai bagi membantu meningkatkan keupayaan mereka menjana pendapatan melalui aktiviti perikanan. Penyerahan bantuan tersebut turut dirakam menerusi dokumentari bertajuk“Impak Zakat dan Wakaf: Kehidupan Asnaf dan Projek Kubah Pengering Solar”dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang. Dokumentari berkenaan bertujuan mengetengahkan impak sebenar agihan zakat dan wakaf MA
9 Sep


DARI ZAKAT ANDA, 24 ANAK NEGERI SEMBILAN TERBANG KE AL-AZHAR
Setiap ringgit zakat yang ditunaikan membawa sebuah harapan. Kali ini, ia membawa 24 orang pelajar tajaan MAINS merentasi ribuan kilometer untuk menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pemergian mereka bukan sekadar perjalanan menyambung pengajian di luar negara, tetapi membawa bersama amanah besar untuk menimba ilmu dan kembali menyumbang kepada agama, masyarakat serta negeri. Majlis pelepasan rasmi telah berlangsung di Lapangan Terba
6 Sep


BANTUAN KEDIAMAN MUSNAH SEPENUHNYA DALAM KEJADIAN KEBAKARAN
Sebuah keluarga diuji apabila kediaman mereka di Taman Indah, Sikamat musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada tengah hari tadi. Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas pada peti ais sebelum api merebak dengan pantas dan memusnahkan kediaman berkenaan. Kejadian tersebut turut memberi kesan kepada lima buah rumah berhampiran. Rumah berkenaan didiami oleh sepasang suami isteri bersama tiga orang anak serta dua orang adik-beradik. Dalam sekelip ma
5 Sep


SANTUNI BALU BESARKAN CUCU YATIM
MAINS telah melaksanakan kunjungan Ziarah Kasih ke Kampung Jerang, Simpang Durian, Jelebu bagi menyantuni sebuah keluarga yang berdepan kesukaran hidup apabila seorang balu kini memikul tanggungjawab membesarkan cucunya yang kehilangan ibu sejak berusia 10 hari. Kanak-kanak berkenaan kini berusia enam tahun dan masih berada di bawah jagaan neneknya bersama seorang pakcik yang tinggal serumah. Urusan persekolahannya turut banyak dibantu dan diuruskan oleh pakciknya yang baru s
5 Sep


29 ORANG PELAJAR ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN BAKAL MELANJUTKAN PELAJARAN KE TIMUR TENGAH
Dengan zakat yang anda tunaikan, seramai 29 orang pelajar anak-anak Negeri Sembilan bakal melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. Alhamdulillah, terima kasih buat semua pembayar zakat. https://www.facebook.com/share/r/14nUVhKnVZr/
28 Ogo


Program Pemantapan Islam: Asas Ibadah Siri 1
Alhamdulillah, Kompleks as-Sa’adah MAINS telah berjaya menganjurkan Program Pemantapan Islam: Asas Ibadah Siri 1 yang disertai oleh seramai 48 orang mualaf di Negeri Sembilan. Program ini memberi fokus kepada pengukuhan asas taharah dan solat melalui pendekatan yang interaktif dan santai . Para peserta bukan sahaja didedahkan kepada ilmu secara teori, malah turut terlibat dalam pelbagai aktiviti yang menguji kefahaman, mengukuhkan ingatan serta meningkatkan keyakinan dalam me
27 Ogo
bottom of page
