top of page

Zakat merupakan tunjang dalam pembelaan asnaf dan ummah. 

bg-01.png
bg-01.png
agihan_at-taubah 9_60 teal.png

"Sesungguhnya zakat itu hanya untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin,
pengurus zakat (amil), muallaf yang dipujuk hati mereka, untuk memerdekakan hamba,
orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai ketetapan yang diwajibkan oleh Allah
dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Surah At-Taubah : Ayat 60

Agihan Zakat

Agihan Zakat

Zakat merupakan tunjang dalam
pembelaan asnaf dan ummah.

Lantaran itu MAINS sentiasa memastikan kutipan zakat di Negeri Sembilan dapat dimaksimumkan dan diuruskan dengan baik, telus dan menyeluruh disamping mengagihkannya kepada yang berhak.

takrifan asnaf

Takrifan Asnaf - Siapakah Asnaf ?

1

Fakir

Fakir ialah seorang yang tiada harta atau pendapatan, atau mempunyai sebarang harta atau pendapatan tetapi jumlahnya tidak sampai 50% daripada had kifayah atau belum memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya”

Kriteria Asnaf Fakir :

a. Orang yang tiada harta atau pendapatan kerana hilang upaya bekerja dengan sebab :
   - Hilang keupayaan fizikal seperti uzur, cacat, sakit berpanjangan dan seumpamanya.
   - Hilang keupayaan mental seperti gila, sakit mental, hilang ingatan dan seumpamanya.

b. Orang yang ada harta atau pekerjaan atau pendapatan, tetapi tidak mencapai 50% had kifayah dirinya dan tanggungannya.
c. Orang yang kehilangan sumber nafkah secara kekal dan tiada ahli keluarga yang dapat menyara kehidupannya.
d. Kefakiran berlaku bukan disebabkan malas bekerja atau tidak berusaha mencari pekerjaan.
e. Mendapat bantuan daripada mana-mana pihak tetapi masih tidak mencukupi had kifayah.

2

Miskin

Miskin ialah seorang yang memiliki harta atau pendapatan yang melebihi 50% daripada had kifayah tetapi tidak memenuhi had kifayah dan keperluan asas diri dan tanggungannya”

Kriteria Asnaf Miskin

a. Orang yang memiliki harta atau pekerjaan atau pendapatan tetapi tidak mampu menampung had kifayah dirinya dan 
    tanggungannya.

b. Harta atau pendapatan yang dimiliki mampun menampung lebih 50% keperluan asasi dirinya dan tanggungannya tetapi
     masih belum mencukupi had kifayah.

c. Orang yang memiliki harta atau pendapatan tetapi tidak mencukupi untuk menanggung kos keperluan asasi yang tinggi
     seperti kos rawatan.

d. Kemiskinan yang sementara atau mendesak.

3

Amil

Amil ialah Mereka yang dilantik secara langsung oleh pemerintah dan ulul amri di negeri tersebut sama ada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, pengagihan, pengurusan kewangan dan yang berkaitan dengannya”

Muallaf

​Muallaf ialah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.”

4

Riqab

Ar-riqab adalah hamba yang membuat perjanjian membayar sejumlah harta kepada tuannya untuk membebaskan dirinya daripada perhambaan (al-mukatab)”

5

Al-Gharimin

Al-Gharimin adalah golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat, penjamin yang teraniaya serta individu / organisasi yang ditimpa musibah, dan

hutang yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak”

6

Fisabilillah

Fisabilillah ialah orang yang mempertahankan negara serta kebajikannya, aktiviti-aktiviti meningkatkan syiar, keilmuan dan pendidikan dalam kalangan umat Islam dan program-program kebajikan”

7

Ibnu Sabil

Ibnu Sabil ialah mana-mana orang yang dalam perjalanan atau baru hendak memulakan perjalanan dari mana-mana negeri atau negara yang terputus bekalan atau terkandas dengan tujuan yang dibenarkan oleh Syarak dan memerlukan bantuan bagi meneruskan perjalanan sehingga mencapai tujuan”

8

front-view_phone 1 copy.png
white edge blur.png
white edge blur.png

Waghih

,

Mohon Bantuan
Kek Sini Yo!

Mohon Bantuan Zakat kini lebih mudah

skim bantuan zakat

Skim Bantuan Zakat Mengikut Asnaf

Asnaf Fakir

  • Bantuan Bulanan Asnaf Fakir

  • Bantuan Keperluan Asas

  • Bantuan Keperluan Diri

  • Bantuan Perubatan

  • Bantuan Pendidikan Fakir

1

  • Bantuan Perayaan Islam

  • Bantuan Keusahawanan

  • Bantuan Hemodialisis

  • Bantuan Kediaman

  • Kursus dan Latihan

Asnaf Miskin

  • Bantuan Bulanan Asnaf Miskin

  • Bantuan Keperluan Asas

  • Bantuan Keperluan Diri

  • Bantuan Perubatan

  • Bantuan Pendidikan Miskin

  • Bantuan Perayaan Islam

  • Bantuan Keusahawanan

  • Bantuan Hemodialisis

2

  • Bantuan Kediaman

  • Kursus dan Latihan

  • Kompleks Darul Asnaf

  • Pengurusan Pusat Dialisis Waqaf An-Nur MAINS

  • Bantuan dan Aktiviti Institusi Pendidikan

  • Bantuan Persekolahan Individu

  • Bantuan Tajaan Pengajian

  • Bantuan Pendidikan IPT

Asnaf Amil

  • Pengurusan Amil

3

Asnaf Muallaf

  • Bantuan Bulanan Muallaf

  • Bantuan Keperluan Asas

  • Bantuan Pendidikan Muallaf

  • Bantuan Pembangunan dan Kefahaman Islam

  • Bantuan Keperluan Diri

  • Bantuan Perayaan Islam

  • Penggerak dan Pembimbing

4

  • Bantuan Pengurusan dan Peralatan Unit Ukhuwah

  • Bantuan Kediaman

  • Bantuan Perubatan

  • Bantuan Hemodialisis

  • Bantuan Keusahawanan

  • Bantuan Persatuan dan Pertubuhan Muallaf

  • Bantuan Tunggakan Asas (Keperluan Asasi)

Asnaf Gharimin

  • Bantuan Orang Berhutang (Keperluan Asasi)

  • Bantuan Kediaman

  • Bantuan Perubatan

  • Bantuan Hemodialisis

5

  • Bantuan Musibah

  • Bantuan Bencana Alam

  • Bantuan Keperluan Diri

Asnaf Fi Sabilillah

  • Pengurusan Jenazah Tanpa Waris

  • Bantuan dan Aktiviti Surau

  • Bantuan dan Aktiviti Masjid

  • Bantuan dan Aktiviti Persatuan & Pertubuhan​

6

  • Bantuan Keusahawanan

  • Bantuan Anak Yatim

  • Pengurusan Akaun Amanah Institusi Agama Islam Negeri Sembilan

Asnaf Ibnu Sabil

  • Bantuan Ibnu Sabil Luar Negara dan keperluan diri

  • Bantuan Ibnu Sabil Dalam Negara dan keperluan diri

  • Bantuan kecemasan perjalanan

7

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-765 1405

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 3-April-2026

bottom of page