MAINS SANTUNI & SALURKAN BANTUAN MESIN OKSIGEN KEPADA ASNAF MASALAH KANSER PARU-PARU, HATI DAN TULANG
- 30 Jun
- 1 min membaca
Updated: 6 Jul

Seorang asnaf yang tinggal di Taman Jemapoh, Kuala Pilah diuji dengan kesukaran bernafas akibat masalah kanser paru-paru, hati dan tulang. Melalui amanah zakat, MAINS telah menyantuni beliau dan menyalurkan bantuan mesin mesin oksigen bernilai RM2,900 bagi membantu beliau kembali bernafas dengan lebih baik terutamanya ketika waktu tidur. Bantuan telah disampaikan oleh Pegawai MAINS Daerah Kuala Pilah, Ust. Syed Mazlan Syed Azizan.



