top of page

Wakalah Zakat

Pengenalan

Wakalah merupakan dasar pengembalian wang amanah zakat oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) 
kepada pembayar yang membayar zakat di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan melalui pelbagai mekanisma untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.

Terma & Syarat

1.  Penerima Wakalah Zakat bertindak sebagai Wakil kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Negeri Sembilan

2.  Pemohon Wakalah perlu menghantar surat/borang rasmi permohonan kepada MAINS.

3.  Permohonan Wakalah dibenarkan bagi pembayaran keseluruhan zakat yang dibuat pada tahun yang sama

4.  Tempoh permohonan Wakalah adalah dibenarkan dalam tempoh satu tahun berikutnya.

5.  Pemohon Wakalah hendaklah menandatangani akujanji agihan zakat kepada asnaf yang telah ditetapkan.

6.  Keutamaan serahan Wakalah Zakat adalah diagih kepada golongan yang layak menerima bantuan (asnaf) dalam

     Negeri Sembilan.

7.  Laporan agihan wakalah perlu disediakan oleh penerima wakalah Majikan dan Institusi Pengajian Tinggi

Kadar Zakat dan Pengambilan Semula

1.  Kadar bagi pembayaran zakat di MAINS yang layak memohon wakalah adalah sebanyak RM50,000 dalam tempoh setahun

     dengan pelbagai kaedah bayaran.

2.  Kadar pengembaluan wakalah kepada pembayar adalah sebanyak 3/8 atau 37.5% daripada keseluruhan zakat yang telah

     dibayar.

Entiti Yang Dibenarkan Memohon Wakalah

1.  Individu/Orang perseorangan

2.  Syarikat/Organisasi

3.  Majikan

4.  Institusi Pengajian Tinggi

Jenis Zakat yang layak memohon Wakalah

1.  Zakat Harta

2.  Zakat Pendapatan

3.  Zakat Perniagaan

Asnaf Yang Layak Menerima Agihan Wakalah Zakat MAINS

MAINS telah menetapkan keutamaan agihan wakalah zakat adalah kepada 4 asnaf:-

1.   Asnaf Fakir atau

2.  Asnaf Miskin atau

3.  Asnaf Fisabilillah atau

4.  Asnaf Mualaf

bg-01.png

Carta Alir Prosedur Pengembalian Wakalah Zakat MAINS

wakalah 2-01.jpg
main slide_logo.png

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-765 1402 / 06-765 1405
06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

  • Dasar Privasi

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13/1/2026

MEDIA SOSIAL

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan           //           Kemaskini Akhir : 30 Januari 2026

bottom of page