top of page
banner_sejarah.png
bg-01.png
visi misi.png

Visi    Misi

&

Visi    Misi

.png

Objektif

Objektif

Latar Belakang

Sehingga 1947 tiada peruntukan khusus mengenai penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan cuma ada Peruntukan Undang-Undang Islam dan Adat Istiadat Melayu (The Muslim Law and Malay Custom(Determination) Enactment. F.M.S. Cap 196) yang digunakan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bagi urusan berkaitan agama dan adat istiadat Melayu termasuk Negeri Sembilan. Manakala bagi kesalahan syarak telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan beberapa kesalahan dan peraturan berkaitan dalam Perintah dalam Mesyuarat No.1 tahun 1983
(kesalahan-kesalahan syara') (N.S.P/M No.1 Tahun 1938).

85057595_629188604549583_5684821938506039296_n.jpg

Usaha penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan bermula sejak tahun 1947 apabila pihak British memperkenalkan sistem pentadbiran moden dan mula mengambil tindakan melantik pentadbir dari golongan orang Melayu dalam usaha ke arah persediaan untuk kemerdekaan.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1948 adalah merupakan peruntukan yang paling awal berkaitan pentadbiran Kerajaan Negeri yang telah diperkenalkan. Pihak pentadbiran Negeri yang diketuai oleh Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama iaitu YAB. Dato' Hj. Abdul Malek b.Yusuf (1948-1950)

         1950) pada ketika itu telah mewujudkan jawatan Mufti dan Tuan Sheikh Hj. Ahmad b. Sheikh Hj. Mohd Said b. Hj. Jamaludin Al Linggi telah dilantik menjadi Sahibul Fadilah Mufti Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1949 setelah mendapat perkenan DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-9).

Enakmen Majlis Agama Islam (Negeri Sembilan) 1949

1949

Arahan penubuhan Majlis Agama Islam atau "Council of Muslim Religion" telah ada dalam peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1948. Seksyen 6 menyebut bahawa DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan YAM. Undang Yang Empat hendaklah menubuhkan sebuah majlis yang dikenali sebagai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu yang akan membantu dan menasihati DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan kerajaan dalam semua perkara berkaitan dengan agama dan adat. Walau bagaimanapun hanya pada 1949, Majlis ditubuhkan dengan rasminya melalui Enakmen Majlis Agama atau "Council of Muslim Religion" 1949 (Enakmen No.5/1949). 

Sahibul Fadilah Tuan Sheikh Hj.Ahmad b.Sheikh Hj.Mohd Said, Mufti Negeri Sembilan telah dilantik menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1950. Sebagai Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Sahibul Fadilah Tuan Sheikh Hj.Ahmad b.Sheikh Hj.Mohd Said juga adalah Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Oleh yang demikian bolehlah disimpulkan bahawa penubuhan Majlis Agama Islam

Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan adalah pada tempoh masa yang sama.

                       Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kali yang pertama telah diadakan pada 18 November 1950 dengan Ahli Mesyuarat terdiri daripada 12 orang yang terdiri dari wakil daripada DYMM Yang di-Pertuan Besar, wakil daripada setiap YAM Dato'-Dato' Undang yang Empat dan Tuanku Besar Tampin serta 6 wakil daripada orang ramai, seorang daripadanya bangsa asing yang beragama Islam.

Enakmen Majlis Agama Islam (Negeri Sembilan) 1957

Pada 6 Februari, 1957

Enakmen Majlis Agama Islam 1957 (Enakmen No. 3/1957) diperkenankan oleh DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan YTM Dato'-Dato' Undang yang Empat untuk dikuatkuasakan. Berikutan itu penubuhan Majlis distrukturkan

distrukturkan semula berdasarkan enakmen ini. Manakala urusan berkaitan adat istiadat diletakkan dibawah pengurusan Dewan Keadilan dan Undang yang dipengerusikan sendiri oleh DYMM yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Enakmen Pentadbiran Hukum Syara' (Negeri Sembilan) 1960

Pada 6 Oktober 1960 telah diperkenalkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syara' (Negeri Sembilan) bagi menggantikan keseluruhan Enakmen Agama Islam (Negeri Sembilan) 1957. Enakmen ini lebih lengkap berbanding Enakmen 1957 dan mempunyai beberapa peruntukan tambahan bagi memperkemaskan sistem pentadbiran Islam di Negeri Sembilan. Gelaran Yang Di Pertua Majlis juga telah digantikan dengan Pengerusi Majlis. Enakmen ini kemudiannya menjadi asas kepada pembentukan enakmen Majlis Agama Islam yang lebih tersusun dan beberapa enakmen yang berkaitan.

bangunan baitulman ns 2.png

Enakmen Pentadbiran Hukum Syara' (Negeri Sembilan) 1991

Pada 1991

Pada 1991 telah diperkenalkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan). (Enakmen No. 1 1991) bagi menggantikan keseluruhan Enakmen Pentadbiran Hukum Syara' (Negeri Sembilan) 1960. Lebih banyak pembaharuan dan perkara berkaitan pentadbiran agama telah diperkenalkan dan dibuat pembaharuan

dibuat pembaharuan. Enakmen ini juga dirangka agar wujudnya peraturan dan undang-undang Islam yang selaras di antara Negeri Sembilan dengan lain-lain negeri di Malaysia.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003

perasmian menara mains.jpeg

Berikutan masih wujud ketidakseragaman enakmen agama Islam antara negeri-negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengambil inisiatif untuk menyeragamkan semua enakmen negeri berkaitan agama termasuk enakmen pentadbiran.

Pada 1 Mac, 2004 telah diperkenalkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 (Enakmen No. 10/2003). Enakmen ini telah diluluskan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan pada 11 November 2003. Pengurusan dan perjalanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kini adalah berdasarkan peruntukan dalam enakmen ini. 

Bidang Kuasa Majlis

Sebagai sebuah badan yang beroperasi, majlis mempunyai kuasa-kuasa yang tertentu sebagaimana yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan tahun 2003.

​

Selain menolong dan menasihati DYMM Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus selaku Ketua Agama dalam semua perkara berkenaan dengan agama Islam negeri ini, Majlis juga merupakan badan Induk Agama Islam yang tertinggi yang bertujuan mengawal hal ehwal agama Islam negeri ini.

​

Antara bidang kuasa Majlis menurut sebagaimana yang tercatat dalam Enakmen tersebut :

bidang kuasa.png
main slide_logo.png

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-765 1402 / 06-765 1405
06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

  • Dasar Privasi

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13/1/2026

MEDIA SOSIAL

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan           //           Kemaskini Akhir : 30 Januari 2026

bottom of page