top of page

Aktiviti Agihan Zakat, Wakaf & Fidyah





MAINS TERUS BERSAMA ASNAF
Daripada bantuan RM250 sebulan, kini mampu mengusahakan ratusan ekor ikan. MAINS terus bersama usahawan asnaf, membantu mereka membina kehidupan yang lebih berdikari dan mampan. #MAINS #MAINSbantu https://www.facebook.com/share/r/1EiuS4MNid/
12 Ogo


BENGKEL ASPIRASI PELAJAR SPM TAHFIZ NEGERI SEMBILAN
MAINS telah menganjurkan Bengkel Aspirasi Pelajar SPM Tahfiz Negeri Sembilan 2026 dengan tema 'Memperkasa Aspirasi, Memacu Kecemerlangan Pelajar Tahfiz' pada 8 hingga 9 Ogos 2026 bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson. Bengkel ini melibatkan seramai 83 orang pelajar daripada 6 buah madrasah dan pondok tahfiz di Negeri Sembilan sebagai satu inisiatif strategik dalam memperkukuh persediaan akademik, meningkatkan motivasi serta membina aspirasi pelajar tahfiz dalam mengha
10 Ogo


USAHAWAN ASNAF MENGUSAHAKAN PROJEK PENTERNAKAN IKAN
MAINS hari ini turun padang menziarahi seorang usahawan asnaf yang mengusahakan projek penternakan ikan di kediamannya di Kampung Paya Lama, Lorong Alur Sungai, Port Dickson. Usahawan berkenaan, En. P. Muhomed Ibrahim Mohd. Sharif, 65, menghidap penyakit jantung kronik yang menjejaskan keupayaan beliau menguruskan projek penternakan secara optimum. Beliau tinggal bersama isterinya yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di Sekolah Vokasional Port Dickson. Pasangan ini mempun
7 Ogo


PROGRAM KEMAHIRAN PEMPROSESAN PES IKAN & FISH SPREAD BERSAMA ASNAF MAINS
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Jabatan Zakat MAINS dengan kerjasama Pusat Pembangunan Teknologi Perikanan (PPTP) Manjung, Perak telah menganjurkan Program Kemahiran Pemprosesan Pes Ikan & Fish Spread bagi meningkatkan kemahiran peserta yang terdiri daripada golongan asnaf dalam menghasilkan produk berasaskan perikanan yang berkualiti serta berpotensi menjana pendapatan. Program telah disempurnakan oleh Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Tuan Kasim Tawe be
5 Ogo


Program Jejak Lestari 'Memelihara Alam, Memupuk Kesedaran'
Program Jejak Lestari 'Memelihara Alam, Memupuk Kesedaran' telah berjaya dilaksanakan hari ini di Bukit Tampin, Negeri Sembilan dengan konsep mendaki santai sambil menjalankan aktiviti mengutip sampah di sepanjang laluan pendakian. Program ini merupakan hasil kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Daerah Tampin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan MAINS sendiri. Inisiatif ini bertujuan memupuk kesedaran sivik tentang kepentingan memelihara k
4 Ogo


KEBAKARAN DI RUMAH RAKYAT PANCHOR
Telah berlaku sebuah bencana kebakaran di rumah seorang warga emas di Rumah Rakyat Panchor siang tadi. Difahamkan, kebakaran yang bermula pada bahagian belakang rumah akhirnya merebak dan memusnahkan sebahagian perabot dan peralatan serta struktur dapur. MAINS telah turun menyantuni warga emas ini yang juga seorang asnaf berdaftar MAINS dan menyampaikan bantuan segera kecemasan. Bantuan-bantuan susulan juga akan dilihat selepas proses siasatan pihak berwajib selesai. Berdasar
30 Jul


KEBAKARAN RUMAH DI TAMAN PELANGI, SIKAMAT
Sebuah rumah di Taman Pelangi, Sikamat telah mengalami kebakaran pada bahagian dapur ketika ketiadaan penghuni. Kerjasama pantas daripada jiran berjaya mengelakkan malapetaka yang lebih besar. Hasil maklumat awam, MAINS telah turun menyantuni mangsa dan menyampaikan bantuan kecemasan. Berdasarkan rekod juga, zakat turut pernah membantu salah seorang anak dalam keluarga ini yang menghidap penyakit jantung. Bantuan telah disampaikan oleh Penolong Pegawai MAINS Daerah Seremban,
27 Jul


PROGRAM PEMANTAPAN ISLAM : ASAS AKIDAH SIRI 2
Alhamdulillah, Kompleks as-Sa'adah (KAS) MAINS telah berjaya menganjurkan Program Pemantapan Islam: Asas Akidah Siri 2 yang disertai oleh para mualaf berdaftar di Negeri Sembilan pada hujung minggu lalu. Program ini memberi penekanan kepada pengukuhan asas keimanan melalui pembelajaran Rukun Islam dan Rukun Iman secara interaktif, santai serta menyeronokkan. Para peserta bukan sahaja mempelajari teori, malah turut terlibat dalam pelbagai aktiviti yang menguji kefahaman serta
27 Jul
bottom of page
