

Perkhidmatan Dalam Mal
PENGERTIAN HIBAH
Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Surah An-Nisa : Ayat 4
Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada
kamu sebahagian dari maskahwinnya maka
makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai
nikmat yang lazat,lagi baik kesudahannya.

TATACARA PERMOHONAN HIBAH :
1. Pemohon perlu mengisi borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan seperti di Senarai Semak
Permohonan Hibah. Pegawai akan membuat semakan permohonan dan setelah lengkap, borang permohonan
akan diproses.
2. Pemohon perlu menjelaskan fi dokumentasi sebanyak RM300 bagi 1 harta untuk tujuan dokumentasi Hibah.
3. Temujanji di antara Pemohon (Pemberi Hibah) dan Penerima Hibah akan dibuat bagi menandatangani
Memorandum Persetujuan Hibah serta akan dihadiri oleh saksi-saksi yang diwakili oleh Pegawai MAINS sendiri.
Setelah Memorandum Persetujuan Hibah ditandatangani, pihak MAINS akan mendapatkan tandatangan
Setiausaha MAINS.
4. Pemohon akan membuat pendaftaran kes di Mahkamah Tinggi Syariah untuk mendapatkan perintah daripada
mahkamah. Kemudian, pengesahan Memorandum Perjanjian Hibah di Jabatan Penilaian Harta (JPPH) bagi harta
tidak alih yang akan dihibahkan oleh Pegawai MAINS.
5. Setelah Perintah Pengesahan Hibah diperoleh, salinan perintah asal akan disimpan di MAINS manakala 1 salinan
perintah akan diserahkan kepada Pemohon.
6. Apabila berlakunya kematian Pemohon, salinan Sijil Kematian atau dokumen berkaitan perlu dikemukakan kepada
pegawai MAINS.
7. Pegawai MAINS akan membuat permohonan Perintah Pembahagian di Unit Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah
dan Galian (JKPTG) bagi mendapatkan Perintah Pembahagian sekiranya nilai harta tak alih dan harta alih tidak
melebihi RM 2 juta atau Amanah Raya sekiranya nilai harta alih tidak melebihi RM 600,000.00.
8. Suatu Perintah Pembahagian akan diserahkan kepada Penerima Hibah setelah pembayaran fi pelaksanaan dibayar
oleh Penerima Hibah dan Pegawai MAINS akan memastikan Penerima menerima harta yang dihibahkan.
Borang Hibah
PENGERTIAN WASIAT
Iqrar seseorang yang dibuat pada hayatnya mengenai hartanya atau manfaat hartanya untuk disempurnakan bagi maksud khairat atau apa-apa maksud lain yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas kematian pewasiat.
PENGURUSAN WASIAT
i) Pengurusan Wasiat Secara Manual

ii) Pengurusan Wasiat Secara Atas Talian

iii) Pelaksanaan Wasiat


Surah An-Nisa : Ayat 11
“(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan
oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya.”


Hikmah Disyariatkan Wasiat
-
Mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan kebajikan melalui harta yang ditinggalkan.
-
Dapat menambah pahala dan menampung kekurangan dalam ibadah yang dilakukan semasa hayat.
-
Melahirkan kesyukuran terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
-
Membantu menampung keperluan orang-orang fakir dan miskin yang tidak bernasib baik.
-
Mengeratkan silaturrahim dengan kaum kerabat yang tidak menerima harta pusaka.
Hikmah Disyariatkan Wasiat
ISU PUSAKA
Kegagalan Pengemukaan Dokumen
Lengkap oleh Waris
Boleh memberi kesan kepada proses
pengurusan ketika awal atau pertengahan
kes dijalankan.

Ketidakjujuran Pemohon dalam
Menyenaraikan Waris
Pada awal proses permohonan, pemohon
diminta untuk menyediakan senarai nama
dan kad pengenalan para waris.

ASLI !
X




(Riwayat Muslim)
“Tidak sepatutnya seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu ingin diwasiatkan
tidur dua malam melainkan dia menulis wasiat di sisinya.”
Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
-
Menjadi pemudah cara mengharmonikan benefisiari dan ahli waris;
-
Mengenal pasti harta dan hutang si mati;
-
Mendapatkan pengesahan wasiat di Mahkamah Tinggi Syariah (sekiranya berkaitan);
-
Mendapatkan Geran Probet dan Perintah Pembahagian di Mahkamah Tinggi Sivil;
-
Melunaskan hutang pewasiat dengan Allah dan dengan manusia; dan
-
Membahagikan harta kepada benefisiari yang telah ditentukan oleh pewasiat dalam
-
Surat Wasiat Bertulis dan kepada ahli waris yang berhak mengikut Hukum Faraid.
TANGGUNGJAWAB MAINS SEBAGAI WASI
KOS PENDAFTARAN
Kos penulisan dan penyimpanan wasiat :
​Kos penulisan dan penyimpanan wasiat adalah RM 300 bagi seorang pewasiat meliputi harta-harta yang
diwasiatkan dan yang tidak diwasiatkan.
* Kos tidak termasuk disbursement, yuran guaman bagi permohonan Geran Probet
dan Perintah Pembahagian dan bayaran wajib kepada agensi (sekiranya berkaitan).
Kos pindaan wasiat :
Kos pindaan wasiat adalah RM 50 bagi seorang pewasiat atas wasiatnya yang ingin dipinda atau dikemaskini.
TATACARA PERMOHONAN WASIAT :
1. Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan dan menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan seperti
di Senarai Semak Permohonan Wasiat.
​
2. Pemohon perlu menjelaskan Fi Permohonan sebanyak RM300.
​
3. Pegawai Jabatan Wakaf (JW) akan membuat semakan. Sekiranya lengkap, borang permohonan akan diproses
manakala sekiranya tidak lengkap, pemohon diminta melengkapkan borang permohonan tersebut Pegawai JW
akan membuka dan mendaftarkan fail.
​
4. Suatu temujanji akan dibuat bersama Pemohon untuk menandatangani Dokumen Rasmi Wasiat Bertulis.
​
5. Setelah Dokumen Rasmi Wasiat Bertulis ditandatangani, pihak JW akan mendapatkan tandatangan Setiausaha
MAINS.
​
6. Pegawai JW akan menyimpan salinan asal manakala sesalinan asal lagi akan diserahkan kepada Pemohon.
​
7. Apabila berlakunya kematian pewasiat, salinan Sijil Kematian hendaklah diserahkan kepada Pegawai JW.
​
8. Dokumen Rasmi Wasiat akan dibacakan dihadapan Ahli Waris oleh Pegawai JW
​
9. Suatu laporan bertulis pembacaan wasiat akan disediakan oleh Pegawai JW atau pihak Peguam.
​
10. Pegawai JW akan mendapatkan sijil faraid di Mahkamah Syariah atau membuat pengesahan wasiat (Jika perlu).
​
11. Pihak JW akan membuat permohonan Geran Probet dan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi Sivil (bagi
nilaian harta lebih RM 2 Juta atau mempunyai wasiat) atau di UPPJKPTG (sekiranya nilai bagi harta tak alih dan
harta alih kurang dari RM 2 juta) atau di Amanah Raya Berhad (sekiranya nilaian harta alih kurang dari
RM 600, 000.00).
​
12. Pegawai JW akan menerima fi pelaksanaan wasiat dari ahli waris yang akan ditolak daripada harta pusaka si mati
seperti berikut:
‣ 2% : nilai harta RM25,000 pertama;
‣ 1.5% : nilai harta RM50,000 berikutnya;
‣ 1% : nilai harta RM75,000 berikutnya;
‣ 0.5% : nilai harta RM100,000 berikutnya;
‣ 0.25% : nilai harta RM250,000 ke atas
​
13. Suatu perintah pembahagian akan dikeluarkan oleh UPPJKPTG dan seterusnya harta tersebut akan dibahagikan kepada benifisiari dan waris-waris yang layak.
PENGERTIAN FARAID
Faraid menurut hukum syarak bermaksud pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia samada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalan si mati akan dibahagikan kepada ahli warisnya menurut hukum Islam.
DALIL PENSYARIATAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Surah An-Nisa : Ayat 11
“Allah perintahkan kamu (mengenai pembahagian harta pusaka) untuk anak-anak kamu,
iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.
Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga
dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja,
maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu.
Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya:
seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati mempunyai anak.
Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya ialah ibu bapanya,
maka bahagian ibunya ialah sepertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai
beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah seperenam.
(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan
oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya.
Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah;
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
FARAID MERANGKUMI HARTA PUSAKA SI MATI TERMASUK
-
Semua harta si mati yang diperolehi secara halal;
-
Sewa yang belum dijelaskan kepada si mati;
-
Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematian;
-
Dividen / faedah yang terbit daripada harta si mati;
-
Simpanan KWSP berpenama / tiada penama;
-
Penama Takaful; dan
-
Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usahanya semasa hayat
BUKAN HARTA PUSAKA
-
Harta yang telah dijual, diwakaf, dihibah atau dipegang amanah;
-
Khairat kematian kepada waris;
-
Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian
-
Imbuhan, pampasan dan sagu hati selepas kematian;
-
Pencen terbitan sebab kematian; dan
-
Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO)
TATACARA PERMOHONAN TUNTUTAN HARTA PUSAKA
Pemohon dinasihatkan membaca dengan teliti arahan sebelum mengemukakan dokumen permohonan ke kepada Ibu Pejabat MAINS/ Pejabat MAINS Daerah/ Perunding Harta MAINS untuk urusan selanjutnya.
LANGKAH 1 : PENYERAHAN BORANG PERMOHON DAN BAYARAN FI
1.1 Pemohon perlu menghantar borang permohonan yang lengkap ditandatangani serta melengkapkan dokumen- dokumen seperti di senarai semak.
1.2 Pemohon hendaklah membayar fi permohonan sebanyak RM 300 bagi permohonan baru atau RM 100 bagi
permohonan berikutnya.
1.3 Borang serta dokumen lengkap boleh dihantar ke MAINS untuk diproses.
LANGKAH 2 : MENANDATANGANI DOKUMEN DI HADAPAN PESURUHJAYA SUMPAH
2.1 Setelah pihak MAINS selesai mendaftar permohonan secara atas talian/manual, pihak pemohon akan
menandatangani Borang Permohonan di hadapan Majistret/ Pesuruhjaya Sumpah mengikut masa yang telah
ditetapkan oleh MAINS.
LANGKAH 3 : PERBICARAAN (sekiranya tuntutan permohonan di Unit Pusaka Kecil)
3.1 Perbicaraan harta pusaka simati akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang dinyatakan dalam
Borang D (Notis Petisyen dan Pendengaran – Seksyen 8) dan Borang S (Notis Pendengaran Permohonan
Berikutnya – Seksyen 17)
3.2 Waris yang tidak dapat hadir pada tarikh perbicaraan, bolehlah mengemukakan BORANG PERSETUJUAN
(BORANG DDA). Borang Persetujuan hendaklah ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, Majistret atau
Pentadbir Tanah Daerah dan diisi dengan lengkap bagaimana harta hendak dibahagikan di ruang yang
disediakan.
3.3 Pemohon perlu membayar bayaran perintah selepas perbicaraan selesai (berdasarkan nilaian terkini keseluruhan
harta simati semasa tarikh permohonan) dan fi pelaksanaan kepada pihak MAINS.
LANGKAH 4 : PENYERAHAN SURAT KUASA MENTADBIR/ DOKUMEN HAKMILIK
4.1 Setelah pembayaran selesai dibuat, Pegawai MAINS akan membuat pendaftaran Surat Kuasa Mentadbir di
hakmilik di Pejabat Tanah mengikut jenis Hakmilik (sekiranya perlu):
GRN/HS(D)/PN - Bahagian Pendaftaran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian NEGERI berkenaan
GM/HSM/PM - Bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah dan DAERAH berkenaan
4.2 Seterusnya, Pegawai MAINS akan menyerahkan Surat Kuasa Mentadbir dan hakmilik asal (sekiranya ada) kepada
Pemohon.
YURAN FARAID
* Yuran tidak termasuk yuran guaman bagi permohonan Geran Probet, Perintah Pembahagian dan
bayaran wajib kepada agensi tersebut (sekiranya berkenaan)
Borang Faraid
APA ITU SURAT IKATAN AMANAH (TRUST DEED)
Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) merupakan dokumen rasmi yang mengikat secara sah antara pemberi amanah (settlor), pemegang amanah (trustee), dan penerima manfaat (beneficiary). Ia mengandungi terma dan syarat berkaitan pengurusan serta pengagihan aset yang diletakkan dalam amanah.
​
Dalam konteks perundangan, surat ini menentukan hak dan tanggungjawab pemegang amanah dalam mentadbir harta bagi pihak penerima manfaat mengikut niat asal pemberi amanah.
Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) mempunyai beberapa kelebihan, terutamanya dalam aspek perlindungan aset dan perancangan kewangan. Berikut adalah beberapa kelebihannya :
1. Perlindungan Aset
Aset yang diletakkan dalam amanah tidak lagi dimiliki secara peribadi oleh pemberi amanah seterusnya
menjadikannya terlindung daripada tuntutan pihak ketiga, seperti hutang atau tindakan undang-undang.
​
2. Perancangan Harta Pusaka yang Lebih Teratur
Membantu memastikan pembahagian harta dilakukan mengikut kehendak pemberi amanah tanpa melalui proses
wasiat atau faraid yang mungkin mengambil masa panjang.
​
3. Fleksibiliti & Kawalan
Pemberi amanah boleh menentukan bagaimana dan bila aset akan diagihkan kepada penerima manfaat, seperti
dalam bentuk pendapatan berkala atau pada umur tertentu.
​
4. Mengelakkan Pertikaian Keluarga
Dengan adanya dokumen yang sah dan jelas, risiko persilihan dalam kalangan ahli keluarga mengenai
pembahagian harta dapat dikurangkan.
SYARAT PERMOHONAN SURAT IKATAN AMANAH DI MAINS
-
Pemilik mestilah mempunyai Hakmilik Asal
-
Hakmilik tersebut Mestilah atas Nama Pemberi Amanah (Settlor)
-
Hartanah mestilah berada di Negeri Sembilan sahaja
-
Pemohon dan Penerima Amanah mestilah seorang warganegara Malaysia
-
Penerima Amanah boleh di kalangan di bawah umur 18 tahun
-
Tiada Sekatan Kepentingan
TATACARA PERMOHONAN SURAT IKATAN AMANAH
-
Pemohon hendaklah mengisi Borang Surat Ikatan Amanah (Lampiran A) serta melampirkan Dokumen sokongan seperti di Senarai Semak (Lampiran B).
-
Pemohon perlu menjelaskan fi permohonan Amanah sebanyak RM800.00 (Ringgit Malaysia : Lapan Ratus sahaja)
-
Fi permohonan merangkumi bayaran setem hasil (RM 10.00) dan bayaran permohonan Pendaftaran Surat Ikatan Amanah (RM 100.00) dan Pendaftaran Hakmilik (RM 100.00)
Kini, anda boleh mendapatkan perkhidmatan penyediaan serta pendaftaran Surat Ikatan Amanah
melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Borang Surat Ikatan Pengamanahan
PELANTIKAN MAINS SEBAGAI WASI PUSAKA
BIDANG KUASA MAINS SEBAGAI PEMEGANG AMANAH
MAINS berbidang kuasa sebagai pemegang amanah selaras di bawah peruntukan Subseksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) Tahun 2003 iaitu, "Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah."
TANGGUNGJAWAB MAINS SEBAGAI WASI
-
Menjadi pemudah cara mengharmonikan benefisiari dan ahli waris;
-
Mengenal pasti harta dan hutang si mati;
-
Melunaskan hutang pewasiat dengaan Allah dan dengan manusia; dan
-
Membahagikan harta kepada ahli waris mengikut Hukum Faraid.
TATACARA PERMOHONAN PELANTIKAN MAINS SEBAGAI WASI PUSAKA
i) Pemohon hendaklah mengisi Borang Pelantikan Wasi Pusaka (Lampiran A) serta melampirkan Dokumen
sokongan seperti di Senarai Semak (Lampiran B).
ii) Pemohon perlu menjelaskan fi permohonan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus sahaja)
SYARAT PERMOHONAN
i) Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia
ii) Pemohon mestilah mempunyai Harta Tak Alih di Negeri Sembilan.
Borang Pemohonan
PENGERTIAN
Wang atau harta tidak patuh syariah ditakrifkan sebagai harta yang dimiliki dan diperolehi melalui wasilah yang tidak diiktiraf oleh syarak seperti rompakan, rampasan, hasil jualan barang curi, rasuah, perjudian, loteri, transaksi riba, perlindungan insurans konvensional, keuntungan pelaburan di dalam sekuriti tidak patuh syariah dan seumpamanya.

Surah Al-Baqarah : Ayat 188
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu
dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari
harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

TATACATA PENYALURAN WANG TIDAK PATUH SYARIAH
Melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam pada 23-25 Jun 2009, telah dinyatakan iaitu:
​
“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:
1. Diserahkan kepada Baitulmal untuk maslahah- maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau
penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
2. Diserahkan kepada golongan fakir miskin; atau
3. Jika harta tersebut merupakan harta rompakan, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan
semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut
mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka
harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal”.
Borang Penyerahan Wang Tidak Patuh Syariah
TATACARA PENEBUSAN / PEMBELIAN HARTA BAHAGIAN BAITULMAL
1. Mengisi borang permohonan Penebusan / Pembelian Harta Bahagian Baitulmal dengan lengkap
2. Penilaian harta/hartanah akan dibuat oleh JPPH / Agensi Penilaian Berlesen
3. Surat Tawaran Penebusan / Pembelian akan dihantar kepada pemohon untuk diberikan maklumbalas.
4. Pembayaran bagi Penebusan / Pembelian akan dibuat oleh pemohon setelah tawaran dipersetujui.
5. Melengkapkan dokumen pindah milik dan serah kepada Pejabat Tanah dan Galian (sekiranya perlu)
Borang Penebusan/Pembelian Pusaka Bahagian Baitulmal
PENGERTIAN HARTA LUQATAH
Harta luqatah merupakan harta yang ditemui di suatu kawasan yang tidak dimiliki, tidak dijaga, dan penemu tidak mengenali pemiliknya. Harta luqatah ini terdiri daripada wang tunai, barangan dan haiwan. Penemu berkewajipan menjaga harta itu dengan cara yang sepatutnya serta perlu membuat hebahan selama setahun di tempat-tempat awam yang menjadi kunjungan masyarakat umum.

Riwayat Muslim
“Kenalilah ikatan atau bungkusannya, kemudian umumkan selama setahun,
jika kamu tidak kenali pemiliknya, gunalah ia dan jadikan nilainya sebagai simpanan kamu.
Jika pemiliknya datang menuntutnya pada bila-bila masa,
hendaklah kamu serahkan kepadanya.”
Hadis daripada Zaid bin Khalid r.a. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda
TATACARA PENYERAHAN HARTA LUQATAH
Penemu hendaklah menyerahkan harta yang dijumpai ke Bahagian Mal, Jabatan Wakaf MAINS melalui cara berikut:
1. Mengisi borang serahan Harta luqatah dan menyerahkan barang tersebut kepada pegawai di Jabatan Wakaf
berserta Harta Luqatah.
2. Satu surat akuan terima Harta Luqatah akan diberikan kepada penemu sebagai bukti penerimaan.
BORANG PENYERAHAN HARTA LUQATAH
Tindakan oleh pihak MAINS adalah:
1. Menerima harta luqatah (harta yang dijumpai) oleh orang awam.
2. Mengeluarkan notis penemuan Harta Luqatah di premis awam berhampiran Harta Luqatah ditemui, di media
rasmi MAINS, tempat awam dan seumpamanya.
3. Membuat hebahan selama setahun.
4. Sekiranya tiada yang menuntut dalam tempoh setahun, pihak pengurusan MAINS melalui Jawatankuasa Mal akan
membuat keputusan bagi melupuskan Harta Luqatah tersebut melalui kaedah yang akan ditetapkan.
Borang Penyerahan Harta Luqatah
PENGERTIAN WANG ORANG BERHUTANG
Hutang atau al-qard merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan. Orang yang berhutang mempunyai tanggungjawab untuk memulangkan barang yang sama atau serupa dengan apa yang dipinjam tanpa apa-apa tambahan terhadap harta yang dipinjam itu.

Surah Al-Baqarah : Ayat 282
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah
kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah
seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar).”

TATACARA PENYERAHAN
Mengisi borang penyerahan Wang Orang Berhutang beserta jumlah wang hutang dan serahkan kepada Bahagian Mal, Jabatan Wakaf MAINS atau secara atas talian
TATACARA TUNTUTAN
1. Mengisi borang tuntutan serta bukti berkaitan hutang tersebut
2. Siasatan akan dijalankan bagi sebelum proses pemulangan bayaran Wang Orang Berhutang tersebut
dilaksanakan.
Borang Orang Berhutang
PENGERTIAN KAFFARAH
Kaffarah adalah menunaikan kewajipan berbentuk harta atau tubuh badan disebabkan meninggalkan sesuatu tanggungjawab atau kewajipan hukum syarak. Boleh dirumuskan sebagai satu tindakan yang boleh menghapuskan dosa sama ada dengan membebaskan hamba, bersedekah atau berpuasa dengan syarat-syarat tertentu.
JENIS-JENIS KAFFARAH
HUKUM MEMBAYAR KAFFARAH
Semua bentuk kesalahan yang melibatkan kaffarah, WAJIB DITUNAIKAN mengikut ketetapan bagi setiap kesalahan. Ini kerana semua kesalahan tersebut telah dinyatakan oleh nas mutawatir daripada al-Quran dan al-Hadis jika dilakukan akan menyebabkan pihak yang bersalah dikenakan kaffarah.
KADAR BAYARAN KAFFARAH
Pengiraan kadar kaffarah adalah berdasarkan makanan asasi. Makanan asasi tersebut hendaklah diberikan kepada fakir miskin dan boleh juga dilaksanakan melalui wang tunai.
Kadar makanan seorang dikira dengan secupak beras iaitu bersamaan 688gram atau 1/4 daripada kadar bayaran zakat fitrah yang dibayar. Sekiranya kadar bayaran zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun 2022 adalah RM7.00, maka kadar 1/4 adalah RM1.75. Oleh demikian, kadar kaffarah semasa yang ditetapkan adalah RM1.75.
PENGERTIAN INFAQ
Infaq merupakan pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak saudara, mahupun untuk kepentingan fisabilillah.

Surah Al-Baqarah : Ayat 271
“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik
(kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu
serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan
Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu.
Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

ANTARA KEISTIMEWAAN BERINFAQ
1. Allah S.W.T akan memuliakan dan melipat gandakan pahala kepada orang yang suka berinfaq.
2. Harta tidak akan berkurang.
3. Bukti keimanan kepada Allah S.W.T
4. Masuk syurga melalui pintu infaq.
5. Selamat daripada musibah.
6. Menyantuni golongan orang bukan Islam.
7. Menjauhkan seseorang daripada api neraka.
BANTUAN YANG DILAKSANAKAN MELALUI DANA SUMBANGAN INFAQ DI MAINS
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) ingin menyeru umat Islam untuk menyuburkan amalan infaq.
Antara penyaluran dana sumbangan infaq adalah :
1. Bantuan untuk meningkatkan taraf sektor kesihatan.
2. Bantuan kepada pelajar dan institusi pendidikan yang memerlukan.
3. Bantuan kepada rumah kebajikan dan anak yatim.
4. Bantuan kepada penduduk yang terputus bekalan.
5. Bantuan kepada penduduk yang mengalami bencana alam.
6. Lain-lain
KAEDAH PENYALURAN INFAQ DI MAINS
Umat Islam yang ingin berinfaq boleh membuat sumbangan di kaunter Ibu Pejabat Jabatan Wakaf, MAINS atau Pejabat Kutipan Daerah yang berdekatan secara tunai atau secara talian melalui :
AKAUN SUMBANGAN INFAQ
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN
BANK MUAMALAT : 05010000022710
PENGERTIAN FIDYAH
Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah yang tertinggal atau dilaksanakan secara tersalah.
Dalil
HUKUM MEMBAYAR FIDYAH
WAJIB disempurnakan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan seperti firman Allah SWT :

Surah Al-Baqarah : Ayat 184
"Puasa yang diwajibkan itu adalah beberapa hari yang tertentu), maka sesiapa di antara
kamu yang sakit atau dalam musafir, bolehla ia berbuka. Kemudian wajiblah ia berpuasa
(yakni menggantikan sebanyak hari yang dibuka) pada hari-hari lain dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa(kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu
memberi makan orang miskin. Maka sesiapa dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah)
lebih dari yang ditentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah, kalau kamu mengetahui"

Ibnu Abbas ra telah meriwayatkan mengenai orang yang sangat tua yang diwajibkan membayar fidyah.

(Hadis riwayat al-Bukhari)
"Orang yang sangat tua dikalangan lelaki atau perempuan yang keduanya tidak mampu berpuasa, hendaklah memberi makan kepada orang miskin bagi setiap hari yang
ditinggalkan puasa sebagai ganti"
GOLONGAN YANG DIKENAKAN FIDYAH
KADAR BAYARAN FIDYAH
Kadar bayaran fidyah adalah berdasarkan harga secupak makanan asasi penduduk setempat. Kadar tersebut berubah bergantung kepada kadar harga fitrah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan setiap tahun.
​
Kadar Bayaran Zakat Fitrah Negeri Sembilan adalah sebanyak 1 gantang bersamaan 2.751kg. Oleh yang demikian, kadar fidyah adalah bersamaan ¼ gantang iaitu sebanyak 688 gram.
​
Kadar fidyah yang diguna pakai oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ialah sebanyak ¼ daripada harga fitrah yang telah diwartakan.
​
Contoh kiraan :
KIRAAN FIDYAH
Seseorang itu meninggalkan puasa sebanyak 5 hari pada bulan Ramadhan 1437H, namun dia melambat-lambatkan qadhanya sehingga datang bulan Ramadhan 1438H, maka wajib baginya membayar fidyah di samping mengqadha puasanya yang tertinggal. Untuk mengetahui jumlah fidyah dalam bentuk sukatan atau timbangan adalah seperti berikut:
-
Jumlah qadha puasa adalah kekal sebanyak 5 hari
-
1 hari puasa yang ditinggalkan dikenakan 1 cupak atau 688 gram.
-
5 hari puasa dikenakan 5 cupak (688 gram x 5 = 3,438 gram iaitu sebanyak 3 kg 438g).
-
Sekiranya kadar fitrah pada 1438H adalah RM6.50, maka ¼ harga fitrah adalah RM1.65
-
Oleh yang demikian, kadar fidyah bagi 5 hari yang ditinggalkan adalah sebanyak RM8.25


