top of page

Aktiviti Agihan Zakat, Wakaf & Fidyah



SERAHAN KUNCI RUMAH MAWADDAH
Asnaf Rembau, Pn. Siti Rohaya Abdullah yang tinggal di Kampung Bongek Tengah bersama suami merupakan penerima bantuan bulanan zakat sejak tahun 2022 sehingga kini telah menerima serahan kunci Rumah Mawaddah pada hari ini yang disempurnakan oleh Setiausaha MAINS, Tn. Hj. Zainal Said. Rumah lama yang didiami oleh pasangan ini sudah tidak dapat didiami yang terletak bersebelahan. Beliau sebelum ini pernah bekerja tetapi telah terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan kakinya
10 Jun


AGIHAN DAGING KORBAN KEPADA ASNAF
Seramai 104 orang asnaf dari kariah Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng dan Masjid Pekan Pantai telah menerima agihan daging korban menerusi program hasil kerjasama MAINS, Takaful Ikhlas dan Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng yang berlangsung semalam. Daging korban yang diagihkan merupakan hasil daripada ibadah korban 10 ekor lembu yang telah dilaksanakan oleh pihak Takaful Ikhlas pada Hari Raya Aidiladha ketiga yang lalu. Selain agihan daging korban, para penerima tur
7 Jun


BANTUAN KATIL ASNAF FAKIR PAROI
Petang Jumaat ini, MAINS telah menyampaikan bantuan sebuah katil kepada seorang asnaf fakir, Pn. Bibi Amnah Nawab Din yang tinggal di Pangsapuri Rakyat Perdana, Paroi. Beliau sebelum ini dilaporkan terlantar sejak bulan Ramadan lalu dan memerlukan kemudahan yang lebih selesa bagi urusan penjagaan serta pemulihan di kediamannya. Penyerahan katil tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai MAINS Cawangan Senawang, Ustazah Sharifah Mashitah Syed Mokhtar, sebagai tanda kep
5 Jun


SAMBUTAN AIDILADHA ASNAF FAKIR, MISKIN JELEBU
Sebuah sambutan Aidiladha bersama para asnaf dalam kategori fakir dan miskin dalam daerah Jelebu telah diadakan semalam dengan jayanya di perkarangan PAID, Jelebu. Program dimulakan seawal pukul 8.00 pagi dengan pelaksanaan ibadah korban sebanyak 5 ekor lembu yang telah disumbangkan oleh One Dream Legacy Cawangan Sendayan. Proses penyembelihan dan melapah dijalankan dengan penglibatan sukarelawan serta komuniti setempat bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar. Sera
31 Mei


SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA DENGAN KERJASAMA MASJID KARIAH LUKUT
Di Port Dickson, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, MAINS (Daerah Port Dickson) dengan kerjasama Masjid Kariah Lukut telah menganjurkan Program Korban serta Sesi Kemaskini Data Maklumat Asnaf Kariah Lukut yang berlangsung di Masjid Kariah Lukut, hari ini. Program ini bukan sahaja menyantuni masyarakat melalui ibadah korban, malah menjadi medan mendekati dan memahami keperluan golongan asnaf agar bantuan yang disalurkan lebih tersusun dan tepat kepada mereka yang memerlukan
27 Mei


PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH UNGGUL
Sebuah Program Pembangunan Sahsiah Unggul bagi siri kedua tahun ini khusus untuk anak-anak asnaf MAINS dalam kawasan Seremban 2 dan Port Dickson telah berlangsung selama 2 hari 1 malam di Klana Beach Resort Port Dickson. Program yang dihadiri seramai 40 orang peserta ini diadakan bertujuan untuk mengenal pasti emosi, pemikiran dan tingkah laku bermasalah dalam kalangan anak-anak asnaf. Program juga diharapkan dapat membangunkan potensi diri peserta selepas ini sekaligus menin
25 Mei


ANAK ASNAF CEMERLANG SPM SEREMBAN
Doakan anak asnaf cemerlang SPM di Seremban ini berjaya menggapai cita-cita menjadi peguam suatu hari nanti. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #MAINSbantu #ZakatNS https://www.facebook.com/share/v/1BxRqgu9tf/
20 Mei


ANAK ASNAF CEMERLANG SPM SENAWANG
Di Senawang, kekuatan dan kegigihan ibu menjadi simbol kejayaan 3 orang anak-anak asnaf ini mendapat 8A dalam SPM lepas. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #MAINSbantu #SPM2025 https://www.facebook.com/share/v/1BxRqgu9tf/
18 Mei


BANTUAN RUMAH MAWADDAH UNTUK MAK CIK UMI
Mak cik Umi, 75 tahun, tinggal bersama 2 orang anak tidak berkeupayaan di Kampung Daching Hilir, kini memiliki Rumah Mawaddah yang lebih selesa hasil amanah zakat MAINS. Terima kasih pembayar zakat. Tanggungjawab yang anda lunaskan menghadirkan harapan. #MAINS #MAINSbantu #ZakatNS https://www.facebook.com/share/v/1DPGBNoRCK/
14 Mei
bottom of page
