top of page

PROGRAM 'THE NEXT LEVEL'- SIRI 1 ANJURAN KOMPLEKS DARUL ASNAF SRI SENDAYAN (DASS) MAINS

  • 1 hari lalu
  • 2 min membaca

Kompleks Darul Asnaf Sri Sendayan (DASS) MAINS telah menganjurkan Program 'The Next Level' - Siri 1 selama dua hari satu malam pada hujung minggu lalu di D’Tempat Country Club dan Kompleks DASS sendiri dengan melibatkan penyertaan seramai 32 orang pelajar kompleks tersebut.

Penganjuran program ini bertujuan menyediakan platform pembangunan diri yang memfokuskan kepada pembinaan minda positif, penguasaan teknik pembelajaran yang berkesan, pembangunan potensi diri, pengukuhan semangat kerjasama serta penetapan matlamat hidup dalam kalangan pelajar DASS.

Sepanjang program berlangsung, para peserta mengikuti pelbagai aktiviti berkumpulan yang menerapkan kepentingan pengurusan masa, pemikiran kritis dan kreatif serta pembinaan nilai saling mempercayai dalam sesebuah pasukan. Slot Teknik Belajar turut memberi pendedahan mengenai teknik menghafal fakta, kaedah meningkatkan fokus semasa pembelajaran di dalam kelas serta empat pendekatan pembelajaran kreatif yang mampu meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran.

Melalui pendekatan yang santai, interaktif dan berpusatkan penyertaan aktif peserta, program ini berjaya membentuk ketahanan mental, meningkatkan keyakinan diri serta membantu pelajar mengenal pasti potensi dan hala tuju masa hadapan. Di samping itu, penghayatan nilai-nilai kerohanian turut diterapkan sebagai asas dalam membentuk sahsiah dan jati diri yang unggul. Hari terakhir program memberi penekanan kepada kemahiran praktikal menerusi modul penyediaan serta penggunaan nota pembelajaran yang efektif, khususnya bagi subjek yang berasaskan pembacaan.

Majlis penutup Program 'The Next Level' - Siri 1 ini telah disempurnakan oleh Ketua Kompleks DASS MAINS, En. Mohd. Syafiq Abdul Rashid.Kompleks Darul Asnaf Sri Sendayan (DASS) MAINS telah menganjurkan Program 'The Next Level' - Siri 1 selama dua hari satu malam pada hujung minggu lalu di D’Tempat Country Club dan Kompleks DASS sendiri dengan melibatkan penyertaan seramai 32 orang pelajar kompleks tersebut.

Penganjuran program ini bertujuan menyediakan platform pembangunan diri yang memfokuskan kepada pembinaan minda positif, penguasaan teknik pembelajaran yang berkesan, pembangunan potensi diri, pengukuhan semangat kerjasama serta penetapan matlamat hidup dalam kalangan pelajar DASS.

Sepanjang program berlangsung, para peserta mengikuti pelbagai aktiviti berkumpulan yang menerapkan kepentingan pengurusan masa, pemikiran kritis dan kreatif serta pembinaan nilai saling mempercayai dalam sesebuah pasukan. Slot Teknik Belajar turut memberi pendedahan mengenai teknik menghafal fakta, kaedah meningkatkan fokus semasa pembelajaran di dalam kelas serta empat pendekatan pembelajaran kreatif yang mampu meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran.

Melalui pendekatan yang santai, interaktif dan berpusatkan penyertaan aktif peserta, program ini berjaya membentuk ketahanan mental, meningkatkan keyakinan diri serta membantu pelajar mengenal pasti potensi dan hala tuju masa hadapan. Di samping itu, penghayatan nilai-nilai kerohanian turut diterapkan sebagai asas dalam membentuk sahsiah dan jati diri yang unggul. Hari terakhir program memberi penekanan kepada kemahiran praktikal menerusi modul penyediaan serta penggunaan nota pembelajaran yang efektif, khususnya bagi subjek yang berasaskan pembacaan.

Majlis penutup Program 'The Next Level' - Siri 1 ini telah disempurnakan oleh Ketua Kompleks DASS MAINS, En. Mohd. Syafiq Abdul Rashid.



Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 15-Julai-2026

bottom of page