top of page
nanas_1_extend.png

Kadar harta yang tertentu diberikan kepada golongan
tertentu apabila cukup syarat-syarat tertentu.

bg-01.png
bg-01.png
zakat kewajipan

"Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat dan taatlah kamu
kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat"

Surah An-Nur : Ayat 56

zakat 2_tangan.png
  1. Islam

  2. Merdeka

  3. Sempurna Milik

  4. Cukup Nisab

  5. Cukup Haul (Tempoh 1 tahun)

Mengeluarkan zakat adalah WAJIB ke

 atas tiap-tiap orang Islam yang cukup

syarat-syarat mengeluarkannya

kerana ia adalah salah satu dari

rukun Islam yang lima.

Syarat
Wajib Zakat

Hukum
Mengeluarkan Zakat

Syarat
Wajib Zakat

Hukum
Mengeluarkan Zakat

Zakat diertikan sebagai "tumbuh dan bertambah". Ianya juga bererti bersih, berkat, suci dan subur. Zakat adalah salah satu rukun Islam yang lima. Ianya telah difardhukan mulai tahun yang kedua Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Proses mengeluarkan zakat adalah merupakan asas kesempurnaan dan ketaqwaan kita di dalam menegakkan tunggak agama Islam yang maha suci. Ini kerana dengan mengeluarkan zakat, kita telah melaksanakan salah satu dari rukun Islam yang lima. Ini dapat direnungi dari sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang bermaksud :

side-view-islamic-woman-gardening_23-2151064098_edited.jpg

"Ini adalah ketentuan sedekah yang telah difardhukan oleh
Allah SWT ke atas orang muslim".

Dengan berzakat akan diberi ganjaran 700 kali ganda untuk mereka nikmati semata-mata untuk menjamin kebahagiaan mereka di akhirat. Oleh itu zakat merupakan simpanan faedah di akhirat sebanyak 700. Kenyataan ini dapat dibuktikan di dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 :-

zakat dan kewajipan teal-01.png

"Bandingan (zakat / derma / sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai, tiap-tiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan (ingatilah) Allah maha melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah maha luas (rahmat) kurniaNya...."

Membayar zakat merupakan satu kewajipan yang mesti dilakukan oleh setiap individu muslim yang telah cukup syarat-syaratnya. Di dalam Al-Quran, Allah telah menjanjikan balasan-balasan yang baik bagi orang yang mengeluarkan zakat. Sebaliknya bagi yang engkar dan sengaja meremehkan, Allah telah memberi amaran dan menjanjikan azab keseksaan.

ali imran_180 white-01.png

"Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka dari kemurahanNya menyangka bahawa sikap bakhil itu baik bagi mereka sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan menjadi bahan seksaan mereka dengan
dikalungkan dan dibelitkan lehernya di hari kiamat kelak ...."

Surah Al-Imran : Ayat 180

Allah mewajibkan kepada kita bukanlah kerana Allah berhajat kepada harta kita, kerana seluruh alam ini adalah milikNya. Zakat merupakan ujian Allah melihat sejauhmana ketaatan hambaNya yang telah dikurniakan dengan seribu nikmat yang melimpah ruah. Semoga amalan kita di terima Allah dan beroleh keberkatan ke atas usaha serta harta kita.

JENIS ZAKAT

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu :-

1

Zakat Badaniah iaitu
Zakat Badan atau Fitrah

2

Zakat Maliah atau
Zakat Harta

bg-01.png

Zakat     Kewajipan

&

Zakat     Kewajipan

front-view-jar-with-dirt-stacked-coins-with-copy-space_23-2148803902_edited.jpg

Mengapa Berzakat ?

  1. Menunaikan rukun Islam dan tanda kekuatan Iman.

  2. Mensucikan diri dari dosa.

  3. Membersihkan jiwa dan harta dengan menyatakan kesyukuran.

  4. Tanda kasih antara umat Islam.

  5. Allah memelihara keselamatan harta yang telah dikeluarkan zakatnya.

flower grew through cracked aspalt copy 2.png
Screenshot 2025-10-29 094747.png
bg-01.png
Jenis Zakat

Jenis Zakat

Jenis Zakat

Pengenalan Zakat Pendapatan

Zakat Pendapatan atau Zakat Gaji telah dilaksanakan sebagai suatu yang penting pada zaman Khalifah Muawiyah dan Omar bin Abdul Aziz. Ia lebih penting dikenali sebagai nama Al-Ata' dan di zaman moden ini dikenali sebagai "Kasbul Amal". Tetapi akibat penjajahan dan pengaruh kuasa Barat, sistem percukaian moden telah mengenepikan sistem zakat,

termasuk zakat ke atas gaji.

Dalil & Fatwa Pendapatan

zakat pendapatan_dalil png-02.png

"Wahai orang-orang yang beriman ! Keluarkanlah (zakat) sebahagian dari hasil usaha kamu

yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu"

Surah Al-Baqarah : Ayat 267

Zakat Pendapatan / Gaji

Zakat Pendapatan boleh dikeluarkan bagi setiap individu yang memperolehi sumber pendapatan yang merangkumi :

  • Pendapatan / Pengajian

  • Gaji dan Upahan

  • Tunggakan

  • Bonus

  • Komisyen

  • Kerja lebih masa

  • Elaun-elaun : (Elaun Khidmat Awam, Elaun Keraian, Elaun Perumahan)

  • Lain-lain pendapatan sampingan (rumah sewa, jualan langsung dll

CONTOH PENGIRAAN

Kaedah Pertama : Menggunakan Kaedah Pendapatan Kasar

Jika jumlah pendapatan kasar dari semua sumber setahun ialah sebanyak RM 33,800, maka zakatnya ialah sebanyak :-

RM 33,800 x 2.5% = RM 845.00

Kaedah Kedua : Menggunakan Kaedah Pendapatan Bersih

Screenshot 2025-10-29 101630.png

*Nilai bagi pengiraan zakat pendapatan mengikut Kaedah Kedua

A) Jumlah pendapatan dari semua sumber yang dicampurkan dalam masa setahun

​

B) Perbelanjaan yang dibenarkan tolakan:

​

  1. Diri - RM 9,000

  2. Isteri - RM 4,000

  3. Anak (RM 2000 untuk bukan di IPTA/IPTS), (RM 8,000 untuk belajar di IPTA/IPTS)

  4. Pemberian kepada Ibu Bapa, Caruman KWSP, Caruman Tabung Haji, Caruman kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat.

Zakat merupakan tunjang dalam pembelaan asnaf dan ummah. Lantaran itu MAINS sentiasa memastikan kutipan zakat di Negeri Sembilan dapat dimaksimumkan dan diuruskan dengan baik, telus dan menyeluruh disamping mengagihkannya kepada yang berhak.

ali imran_180 white-01.png

"Sesungguhnya zakat itu hanya untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus zakat (amil), muallaf yang dipujuk hati mereka, untuk memerdekakan hamba, orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai
ketetapan yang diwajibkan oleh Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Surah At-Taubah : Ayat 60

white edge blur.png

Zakat    Cukai

Zakat    Cukai

&

zakat dan cukai

Zakat & Cukai

1

Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 terdapat peruntukan bahawa setiap mereka yang telah membayar zakat boleh dikecualikan atau mendapat pelepasan kadar tersebut dari membayar cukai pendapatan.Untuk mendapatkan pengecualian tersebut, perkara yang perlu dibuktikan ialah :

​

  • Pembayaran dibuktikan dengan resit yang dikeluarkan oleh pihak yang diberi kuasa untuk memungut zakat.

  • Zakat di bayar kepada amil-amil yang diiktiraf dan dilantik oleh pemerintah.

2

Menurut Akta Cukai Pendapatan (Pindaan 2000) sekiranya seseorang individu telah membayar zakat pada 2000,

maka pelepasan cukai akan diberikan pada tahun yang sama.

TERDAPAT DUA KAEDAH UNTUK MENDAPAT PELEPASAN CUKAI IAITU :

1) Situasi Bagi Yang Membayar Zakat Secara Tunai

Ahmad telah membayar zakat sebanyak RM 2,500 secara tunai pada bulan Januari tahun 2000. Ahmad kemudian menyerahkan resit zakat tersebut serta merta ke pejabat LHDN. Pihak LHDN akan membuat arahan bertulis kepada majikan untuk mengurangkan atau melepaskan cukai Ahmad untuk tahun 2000.

2) Situasi Bagi Yang Membayar Zakat Secara Potongan Gaji (Bulanan)

Menurut Akta Cukai Pendapatan (Pindaan 2000) umat Islam yang membayar zakat melalui potongan gaji akan dapat mengurangkan atau menghentikan bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB) secara serta merta.

SUMBER PENOLAKAN BERDASARKAN KAEDAH 'B'

Contoh 1 :

Bulan Jun 2000 (Zakat : RM 55, PCB : RM 95)

*Anda akan hanya dikenakan PCB sebanyak RM 40.00 (RM 95 - RM 55)

Contoh 2 :

Bulan Feb 2000 (Zakat : RM 55, PCB : RM 50)

*Anda tidak dikenakan PCB kerana telah membayar zakat melebihi jumlah PCB.

*Majikan hendaklah menghentikan atau mengurangkan bayaran PCB pekerja berdasarkan jumlah zakat yang telah dibayar.

front-view_phone 1 copy.png
white edge blur.png

Waghih

,

Online Kan Ado!

Pembayaran Zakat Kini Di Hujung Jari

white edge blur.png
skim potongan zakat

Skim Potongan Zakat (SPZ)

Pengenalan

Skim ini diperkenalkan untuk memudahkan umat Islam menunaikan zakat kerana sering timbulnya beberapa masalah untuk menunaikan zakat.

Antara masalah yang sering timbul adalah :

  1. Lokasi kaunter MAINS yang terletak jauh dari rumah atau pejabat.

  2. Kesuntukan masa.

  3. Kesesakan lalulintas dan masalah tempat letak kereta terutama di kawasan bandar.

  4. TIada wang yang cukup apabila tiba tempoh untuk mengeluarkan zakat.

  5. Tidak tahu bagaimana mengira zakat pendapatan.

spg_4.png

Keistimewaan Skim Potongan Zakat

Asas Pengiraan Skim Potongan Zakat

Terdapat dua kaedah untuk menyertai Skim ini yang boleh di pilih oleh umat Islam :

Kaedah A :

Menggunakan kaedah Pendapatan Kasar (tanpa tolakan) iaitu mengambil 2.5% sebagai zakat atas jumlah pendapatan kasar setahun.

Contoh : Gaji Setahun RM16,000 x 2.5% = zakat RM400 setahun. Bayaran bulanan RM 33.34 x 12 bulan.

Kaedah B :

Menggunakan kaedah Pendapatan Bersih (dengan tolakan) iaitu mengambil 2.5% zakat setelah di tolak dengan penolakan yang dibenarkan.

Perbelanjaan yang dibenarkan tolakan (setahun) :

  1. Diri - RM 9,000

  2. Isteri - RM 4,000 x bilangan isteri

  3. Anak - RM 2000 x bilangan anak (IPTA/TS - RM 8000 x bilangan anak)

  4. KWSP - 11% daripada pendapatan kasar pokok

  5. Sumbangan kepada Ibu Bapa - RM 100 x 12 bulan

SUMBER PENOLAKAN BERDASARKAN KAEDAH B

Nota :

 

  • Bagaimanapun Kaedah B ini tidak termasuk tabung haji, insuran dan institusi koperasi yang telah membayar zakat sebagai asas penolakan.

​

  • Asas pengiraan ini hanya berdasarkan kiraan zakat pendapatan sahaja. Sekiranya pekerja turut ingin membayar zakat-zakat harta yang lain melalui potongan gaji termasuk qadha zakat, pekerja bolehlah membuat arahan potongan tambahan kepada pihak majikan.

JADUAL SKIM POTONGAN ZAKAT BERJADUAL (SPZB)

main slide_logo.png

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-765 1402 / 06-765 1405
06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

  • Dasar Privasi

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13/1/2026

MEDIA SOSIAL

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan           //           Kemaskini Akhir : 30 Januari 2026

bottom of page