top of page

Aktiviti Agihan Zakat, Wakaf & Fidyah



MAINS SANTUNI & SALURKAN BANTUAN MESIN OKSIGEN KEPADA ASNAF MASALAH KANSER PARU-PARU, HATI DAN TULANG
Seorang asnaf yang tinggal di Taman Jemapoh, Kuala Pilah diuji dengan kesukaran bernafas akibat masalah kanser paru-paru, hati dan tulang. Melalui amanah zakat, MAINS telah menyantuni beliau dan menyalurkan bantuan mesin mesin oksigen bernilai RM2,900 bagi membantu beliau kembali bernafas dengan lebih baik terutamanya ketika waktu tidur. Bantuan telah disampaikan oleh Pegawai MAINS Daerah Kuala Pilah, Ust. Syed Mazlan Syed Azizan. https://www.facebook.com/share/p/18ohf3L9g8/
30 Jun


KEYAKINAN DIBINA, POTENSI DIGILAP
Bukan semua usahawan dilahirkan dengan keyakinan untuk bercakap di hadapan kamera. Namun dengan ilmu, latihan dan bimbingan yang berterusan, keyakinan itu mampu dibina. Seramai 40 orang Usahawan Asnaf MAINS telah menyertai Program Karisma Depan Kamera yang diadakan di Hotel Royale Chulan. Program setengah hari ini telah dirasmikan oleh Pengarah, Jabatan Zakat, MAINS, Tn. Mahadi Ali dan turut disertai oleh 30 orang pegawai MAINS. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha
29 Jun


PROGRAM CAREER INSIGHT ANAK-ANAK ASNAF REMBAU, SEREMBAN
Program Career Insight khusus untuk Anak-anak Asnaf MAINS Daerah Rembau dan Seremban telah berlangsung pada 27 Jun 2026 di Royale Chulan Seremban. Program yang dihadiri seramai 39 orang peserta bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang wujud dalam kalangan peserta dan merancang pelbagai strategi ke arah bidang kerjaya yang sesuai mengikut keupayaan dan kebolehan yang dimiliki. Selain membekalkan pengetahuan awal mengenai cabaran semasa dan akan datang mengenai
28 Jun


PROGRAM 3 PENJURU & ANUGERAH KECEMERLANGAN PERTENGAHAN TAHUN DARUL ASNAF
Kompleks Darul Asnaf Sri Sendayan (DASS) MAINS telah berjaya menganjurkan Program 3 Penjuru dan Anugerah Kecemerlangan Pertengahan Tahun yang melibatkan seramai 32 orang pelajar bersama ibu bapa masing-masing. Program ini bertujuan menghimpunkan tiga pihak utama iaitu pihak pengurusan kompleks, ibu bapa dan pelajar bagi memastikan setiap pelajar mendapat perhatian secara menyeluruh. Melalui pendekatan ini, kekuatan dan kelemahan setiap pelajar dapat dikenal pasti dengan lebih
28 Jun


CAREER INSIGHT ANAK-ANAK ASNAF MAINS PORT DICKSON, SEREMBAN 2
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Career Insight Anak-anak Asnaf MAINS Daerah Port Dickson dan Cawangan Seremban 2 pada 26 hingga 27 Jun 2026 bertempat di Quest Midport Hotel, Port Dickson dengan penyertaan anak-anak asnaf yang mengikuti pelbagai aktiviti pembangunan diri, kerjaya dan motivasi. Program dimulakan dengan sesi 'Ice Breaking' serta pembahagian kumpulan bagi mewujudkan semangat kerjasama dan keyakinan dalam kalangan peserta. Seterusnya, peser
27 Jun


MAJLIS GRADUASI MYREF HIJRAHPRENEUR SKILLS PROGRAM 2025/2026
Bumi Seremban menjadi saksi kepada sebuah perjalanan yang penuh makna apabila peserta Program MyREF HijrahPreneur Skills diraikan dalam Majlis Graduasi setelah berjaya menamatkan fasa pembangunan keusahawanan yang telah dilalui. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Tn. Zafri Ab Halim, Pengarah, Jabatan Zakat, MAINS, Tn. Mahadi Ali serta Ketua Pegawai Eksekutif MyREF, Ts. Mohd Khairuddin Rais. Program MyREF/iTEKAD merupak
26 Jun


MENGGENDONG HARAPAN, MENJULANG WARISAN PERKUKUH INSTITUSI KELUARGA ASNAF
Program kekeluargaan MAINS bersama asnaf bertemakan 'Menggendong Harapan, Menjulang Warisan' dengan kerjasama AADK Daerah Jelebu telah berlangsung dengan jayanya di Balai Raya Felda Pasoh 1 semalam. Program tersebut melibatkan penyertaan seramai 20 buah keluarga asnaf bersama ahli keluarga masing-masing dengan jumlah kehadiran seramai 40 orang peserta. Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan institusi keluarga yang kukuh sebagai asas dala
25 Jun


KASIH IBU YANG MEMBAWA KE SYURGA
Kasih ibu yang membawa ke syurga. Setia menjaga seorang anak berusia 36 tahun yang kini terlantar akibat strok dan seorang lagi mengalami penyakit saraf sejak kecil. Zakat hadir membantu dengan sumbangan wang ringgit serta susu khas dan lampin pakai buang secara bulanan. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #MAINSbantu #ZakatNS https://www.facebook.com/share/r/1BVVTCuNGa/
25 Jun


ZAKAT BANTU RUMAH MAWADDAH
Asnaf MAINS dalam kategori fakir yang tinggal di Kampung Ulu Ladang, Gemas, Pn. Rafeah Abu Bakar telah menerima serahan kunci bantuan Rumah Mawaddah. Bersumberkan zakat juga, beliau yang hidup bersendirian turut menerima bantuan kewangan bulanan dan barangan dapur bagi membantu kelangsungan kehidupan hariannya. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #MAINSbantu #RumahMawaddah https://www.facebook.com/share/v/1F4Lg71UkY/
24 Jun
bottom of page
