top of page

Aktiviti Agihan Zakat, Wakaf & Fidyah



KEBAKARAN DI RUMAH RAKYAT PANCHOR
Telah berlaku sebuah bencana kebakaran di rumah seorang warga emas di Rumah Rakyat Panchor siang tadi. Difahamkan, kebakaran yang bermula pada bahagian belakang rumah akhirnya merebak dan memusnahkan sebahagian perabot dan peralatan serta struktur dapur. MAINS telah turun menyantuni warga emas ini yang juga seorang asnaf berdaftar MAINS dan menyampaikan bantuan segera kecemasan. Bantuan-bantuan susulan juga akan dilihat selepas proses siasatan pihak berwajib selesai. Berdasar
30 Jul


KEBAKARAN RUMAH DI TAMAN PELANGI, SIKAMAT
Sebuah rumah di Taman Pelangi, Sikamat telah mengalami kebakaran pada bahagian dapur ketika ketiadaan penghuni. Kerjasama pantas daripada jiran berjaya mengelakkan malapetaka yang lebih besar. Hasil maklumat awam, MAINS telah turun menyantuni mangsa dan menyampaikan bantuan kecemasan. Berdasarkan rekod juga, zakat turut pernah membantu salah seorang anak dalam keluarga ini yang menghidap penyakit jantung. Bantuan telah disampaikan oleh Penolong Pegawai MAINS Daerah Seremban,
27 Jul


PROGRAM PEMANTAPAN ISLAM : ASAS AKIDAH SIRI 2
Alhamdulillah, Kompleks as-Sa'adah (KAS) MAINS telah berjaya menganjurkan Program Pemantapan Islam: Asas Akidah Siri 2 yang disertai oleh para mualaf berdaftar di Negeri Sembilan pada hujung minggu lalu. Program ini memberi penekanan kepada pengukuhan asas keimanan melalui pembelajaran Rukun Islam dan Rukun Iman secara interaktif, santai serta menyeronokkan. Para peserta bukan sahaja mempelajari teori, malah turut terlibat dalam pelbagai aktiviti yang menguji kefahaman serta
27 Jul


PROGRAM KESEJAHTERAAN MENTAL ASNAF BAGI DAERAH PORT DICKSON DAN CAWANGAN SEREMBAN 2
MAINS telah menganjurkan Program Kesejahteraan Mental Asnaf bagi Daerah Port Dickson dan Cawangan Seremban 2 yang melibatkan seramai 40 orang asnaf bertempat di Tarun Residensi Motocamp, Lenggeng, Negeri Sembilan. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan mengurus emosi dalam kehidupan seharian, di samping memperkukuhkan kesejahteraan mental sebagai asas kepada pembentukan kehidupan yang lebih sejahtera. Pengisian program dimulakan dengan slot
24 Jul


PROGRAM KESEJAHTERAAN MENTAL ASNAF BAGI DAERAH JEMPOL DAN CAWANGAN GEMAS
MAINS telah menganjurkan Program Kesejahteraan Mental Asnaf bagi Daerah Jempol dan Cawangan Gemas yang melibatkan seramai 40 orang asnaf. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan mengurus emosi dalam kehidupan seharian, di samping memperkukuhkan kesejahteraan mental sebagai asas kepada pembentukan kehidupan yang lebih sejahtera. pengisian program dimulakan dengan slot ceramah yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal MAINS, Tn. Hj.
24 Jul


15 ANAK ASNAF TAMAT PENGAJIAN SIJIL 'ONSHORE OIL & GAS'
#KEMAMAN Seramai 15 orang anak-anak asnaf Negeri Sembilan telah berjaya menamatkan pengajian Sijil dalam bidang 'Onshore Oil & Gas' menerusi kerjasama strategik antara MAINS, Ranaco Education & Training Institute dan High Skills Technology Sdn. Bhd.. Penganugerahan sijil tamat pengajian yang dijalankan di Kemaman itu telah disempurnakan oleh Pengarah, Jabatan Zakat MAINS, Tn. Mahadi Ali. Turut mengiringi penyampaian sijil ialah Ketua Pegawai Operasi, Ranaco Education & Traini
23 Jul


DARUL ASNAF CAKNA ISU BULI
Ada luka yang tidak mengalirkan darah. Tiada lebam yang kelihatan. Namun, kesannya mampu menghantui seseorang sehingga bertahun-tahun lamanya. Atas kesedaran itulah, Kompleks Darul Asnaf Seri Tanjung (DAST) MAINS telah menganjurkan Program 'Luka Yang Tak Nampak' pada 17 hingga 19 Julai 2026 di Arena Premier Hotel, Seremban, melibatkan 25 orang pelajar. Program ini bukan sekadar memberi pendedahan tentang bahaya buli, malah menyemai keberanian untuk berkata 'Tidak kepada Buli,
22 Jul


PROGRAM 'THE NEXT LEVEL' SIRI 2 PERKASA POTENSI PELAJAR KOMPLEKS DARUL ASNAF
Kompleks Darul Asnaf Sri Sendayan (DASS) MAINS telah menganjurkan Program 'The Next Level' – Siri 2 selama dua hari satu malam pada hujung minggu lalu di D’Tempat Country Club dengan penyertaan seramai 32 orang pelajar kompleks tersebut. Program ini merupakan kesinambungan inisiatif pembangunan akademik dan sahsiah pelajar yang dirangka bagi memperkasakan potensi mereka melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif, inovatif dan berimpak tinggi. Sepanjang program berlangsun
21 Jul


86 PESERTA SERTAI TEMUDUGA LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA MAINS
Seramai 86 peserta telah menghadiri sesi temuduga terbuka bagi Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya yang dianjurkan khusus untuk anak-anak asnaf MAINS serta belia dalam kategori B40 yang berhasrat membina masa depan yang lebih cerah. Peserta yang hadir telah memohon mengikuti latihan dalam tiga bidang berpotensi tinggi iaitu 'Hospitality Services in Off-Shore Oil & Gas', 'Plastic Welding Technology' dan 'Terminal Tractor Operator (TTO)'. Melalui program ini, peserta berpelua
21 Jul
bottom of page
