



‘’Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian, bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.’’
Surah Al-A’la : 15~16

Hukum Wakaf
Hukum wakaf adalah SUNAT
di dalam syariat Islam.
Hukum Wakaf
Perkhidmatan Dalam Wakaf
Perkhidmatan Dalam Wakaf
Para Fuqaha (ahli fiqh dan ulama) berpendapat amalan WAKAF merupakan sedekah jariah yang dilakukan di mana pahalanya berterusan mengalir walaupun seseorang itu telah meninggal dunia.
JENIS WAKAF
Wakaf Am
Apa-apa wakaf yang diwujudkan bagi
maksud kebajikan ummah.

Wakaf Khas
Apa-apa wakaf yang diwujudkan bagi sesuatu maksud khusus sama ada yang ditentukan oleh Pewakaf atau Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.


Contoh:
Pewakaf mewakafkan sejumlah RM10.00 atas nama Wakaf Tunai Negeri Sembilan / Potongan Gaji Wakaf Tunai Negeri Sembilan. Apabila wang tunai tersebut digunakan untuk membina atau membeli aset kekal, Pewakaf akan mendapat pahala yang berterusan selagi mana aset kekal yang dibina atau dibeli tersebut dapat memberi manfaat kepada umat Islam.
"Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam."
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-77 yang bersidang
pada 10-12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu :
Apa Tujuannya
KE MANA
Wakaf Tunai Disalurkan ?
-
Kesihatan
-
Pendidikan
-
Sosioekonomi
-
Pengembangan Harta










