top of page

PRIHATIN NASIB WARGA EMAS OKU

  • 1 hari lalu
  • 1 min membaca

Baru-baru ini, MAINS telah menerima maklumat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) yang menetap bersendirian di sebuah rumah usang dalam keadaan yang amat daif.

Hasil siasatan mendapati beliau merupakan penerima bantuan JKM di Selangor dan telah menetap di Negeri Sembilan sejak Januari lalu selepas dihalau oleh anak kandungnya. Beliau yang menghidap strok sehingga menyebabkan sebelah anggota badannya lumpuh tidak lagi mampu bekerja dan hanya bergantung kepada bantuan jiran-jiran bagi meneruskan kehidupan.

Prihatin terhadap nasib yang menimpa beliau, MAINS telah menyampaikan sumbangan bantuan segera berjumlah RM500 bagi meringankan beban yang dihadapi. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pegawai MAINS Cawangan Nilai, Pn. Khaleeda Abas.

Semoga bantuan yang dihulurkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada penerima, di samping menjadi bukti bahawa setiap sumbangan zakat yang ditunaikan oleh para pembayar zakat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.


Terima kasih pembayar zakat.



Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 15-Julai-2026

bottom of page