top of page

Aktiviti Agihan Zakat, Wakaf & Fidyah



ANAK ASNAF CEMERLANG SPM SEREMBAN
Doakan anak asnaf cemerlang SPM di Seremban ini berjaya menggapai cita-cita menjadi peguam suatu hari nanti. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #MAINSbantu #ZakatNS https://www.facebook.com/share/v/1BxRqgu9tf/
20 Mei


ANAK ASNAF CEMERLANG SPM SENAWANG
Di Senawang, kekuatan dan kegigihan ibu menjadi simbol kejayaan 3 orang anak-anak asnaf ini mendapat 8A dalam SPM lepas. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #MAINSbantu #SPM2025 https://www.facebook.com/share/v/1BxRqgu9tf/
18 Mei


BANTUAN RUMAH MAWADDAH UNTUK MAK CIK UMI
Mak cik Umi, 75 tahun, tinggal bersama 2 orang anak tidak berkeupayaan di Kampung Daching Hilir, kini memiliki Rumah Mawaddah yang lebih selesa hasil amanah zakat MAINS. Terima kasih pembayar zakat. Tanggungjawab yang anda lunaskan menghadirkan harapan. #MAINS #MAINSbantu #ZakatNS https://www.facebook.com/share/v/1DPGBNoRCK/
14 Mei


BANTUAN KOMPUTER RIBA
Alhamdulillah, terima kasih buat para pembayar zakat. Adik-adik daripada keluarga asnaf di kawasan Senawang ini telah mendapat bantuan komputer riba bagi keperluan pembelajaran mereka di IPT. Bantuan komputer riba kepada anak-anak asnaf MAINS ini adalah sebuah inisiatif agihan zakat yang proaktif selain bantuan permulaan kemasukan ke IPT, sara hidup dan bantuan yuran semester. Inilah komitmen MAINS dalam memastikan pembelaan kebajikan anak-anak asnaf di menara gading tanpa ke
12 Mei


ANAK-ANAK ASNAF REMBAU CEMERLANG SPM
Seorang anak asnaf cemerlang SPM di Rembau bercita-cita menjadi Saintis Teknologi Nano. Doakan beliau dan anak-anak asnaf yang lain. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #MAINSbantu https://www.facebook.com/share/r/1UzA6XjdDH/
7 Mei


BANTUAN MESIN O2 RM17,000
Zakat anda membantu anak muda ini dapat bernafas seperti insan lain dan mengelakkan komplikasi jantung yang lebih teruk. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #ZakatNS #MAINSbantu
5 Mei
bottom of page
