KEYAKINAN DIBINA, POTENSI DIGILAP
- 29 Jun
- 1 min membaca

Bukan semua usahawan dilahirkan dengan keyakinan untuk bercakap di hadapan kamera. Namun dengan ilmu, latihan dan bimbingan yang berterusan, keyakinan itu mampu dibina.
Seramai 40 orang Usahawan Asnaf MAINS telah menyertai Program Karisma Depan Kamera yang diadakan di Hotel Royale Chulan. Program setengah hari ini telah dirasmikan oleh Pengarah, Jabatan Zakat, MAINS, Tn. Mahadi Ali dan turut disertai oleh 30 orang pegawai MAINS.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha MAINS dalam memperkasa usahawan asnaf agar bukan sahaja berjaya menghasilkan produk berkualiti, malah mampu mempromosikan perniagaan mereka dengan lebih yakin dan berkesan melalui platform digital.
Melalui hasil zakat yang diamanahkan oleh para pembayar zakat, MAINS terus komited menyediakan latihan, bimbingan dan pembangunan kapasiti supaya lebih ramai asnaf mampu berdikari, mengembangkan perniagaan dan seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan.
Kerana apabila peluang diberikan, keyakinan akan berkembang. Dan apabila keyakinan berkembang, lebih banyak pintu rezeki mampu dibuka, insya-Allah.



