UJIAN MENJELANG SUBUH, PRIHATIN MAINS MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN DI GEMAS
- 6 hari lalu
- 1 min membaca

Dalam sekelip mata, tempat berteduh yang menjadi saksi kehidupan sekeluarga musnah dijilat api. Itulah ujian yang menimpa Pn.Noriah Othman, 68, apabila kediamannya di Taman Sentosa, Gemas dipercayai terbakar akibat litar pintas dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi semalam. Turut terjejas dalam insiden tersebut ialah adik beliau, anak serta cucu yang tinggal bersama di rumah berkenaan.
Prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga ini, MAINS telah hadir menziarahi mangsa bagi menyampaikan bantuan segera sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada mereka yang sedang berdepan saat-saat sukar.
Buat sementara waktu, keluarga ini akan menumpang di kediaman saudara-mara di Londah sementara menanti urusan seterusnya diselesaikan.
Semoga bantuan yang disalurkan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung, di samping menjadi suntikan semangat buat keluarga ini untuk bangkit meneruskan kehidupan. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan menggantikan setiap kehilangan dengan rezeki yang lebih baik.
Bantuan telah disampaikan oleh Penolong Pegawai MAINS (Cawangan Gemas), En. Hasrul Nizam Sidek bersama pasukannya.



