top of page
banner balai cerap.jpg
bg-01.png

di mana

Alam Semesta Terbentang

Alam Semesta Terbentang

bg-01.png

Balai Cerap Negeri Sembilan

                                              menjadi hidup melalui penerokaan dan keajaiban. Melangkah ke dunia penemuan cakerawala 

Astronomi

dengan pameran, pemerhatian langit berpandu dan pengalaman lawatan bermaklumat. 

Temui misteri kosmos melalui malam pemerhatian khas, acara bermusim dan aktiviti jangkauan pendidikan, setiap lawatan menawarkan perjalanan baharu merentasi bintang!

Galeri Utama – Pengembaraan Menelurusi Alam Semesta

Galeri Utama Balai Cerap Negeri Sembilan menawarkan pengalaman yang menggabungkan elemen pembelajaran dan hiburan melalui pameran astronomi dan sains angkasa yang menarik. Direka khas untuk mencetuskan minat terhadap penerokaan angkasa lepas, galeri ini sesuai untuk semua peringkat usia.

​

Lawatan anda bermula dengan menerokai sejarah penubuhan balai cerap, termasuk detik penting dan sumbangannya dalam bidang astronomi di Malaysia.

Seterusnya, kunjungi seksyen meteorit yang mempamerkan sampel sebenar serta maklumat menarik mengenai asal-usul, jenis dan kesannya terhadap bumi.

Pelawat juga dapat menikmati pameran menyeluruh mengenai sistem suria, lengkap dengan visual interaktif yang menerangkan ciri-ciri planet, bulan, dan objek-objek cakerawala lain. Bahagian eksplorasi angkasa pula membawa anda menelusuri sejarah berkaitan angkasawan pertama Malaysia dan teleskop angkasa.

Bilik Teater – Menghubungkan Ilmu dan Langit

Bilik Teater di Balai Cerap Negeri Sembilan merupakan ruang pembelajaran yang sesuai untuk pembentangan dan sesi taklimat berkumpulan. Dengan kapasiti 25 orang dalam satu masa, bilik ini amat sesuai digunakan untuk sesi taklimat, ceramah pendidikan, atau bengkel berskala kecil.

​

Antara tarikan utama di bilik ini ialah infografik berkaitan sejarah tokoh-tokoh ilmuan Islam yang memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu falak dan astronomi. Bilik ini juga dilengkapi dengan paparan peta langit interaktif yang membolehkan pengunjung mengenal lebih lanjut berkaitan buruj dan objek langit malam.

Kubah Solar – Gerbang Menyelusuri Matahari

Kubah Suria di Balai Cerap Negeri Sembilan merupakan kemudahan khas yang digunakan untuk aktiviti astronomi pada waktu siang dan malam. Dilengkapi dengan teleskop khas untuk cerapan Matahari, kubah ini membolehkan pemerhatian dan rakaman imej permukaan Matahari secara selamat, termasuk fenomena seperti tompok suria, kembungan (prominence) dan nyalaan suria (solar flare). Aktiviti cerapan adalah tertakluk kepada keadaan cuaca semasa, kerana langit yang cerah amat penting untuk cerapan Matahari yang selamat dan berkesan. Atas faktor keselamatan dan teknikal, kubah ini mungkin akan ditutup sekiranya berlaku hujan renyai atau hujan. mempunyai dua buah binokular dan jam matahari

Nadi Utama Balai Cerap

Kubah Utama Balai Cerap Negeri Sembilan menempatkan teleskop terbesar di Malaysia.

Teleskop berkuasa tinggi ini mempunyai diameter kanta sebesar 24 inci (61 cm) dan diimport khas dari Amerika Syarikat, membolehkan cerapan terperinci terhadap Bulan dan planet.

Kubah ini turut dilengkapi dengan skrin LED, menjadikannya lokasi yang sesuai untuk sesi perkongsian ringkas bersama para pengunjung.

IMG_9885.jpg

Masa Operasi

.png

Cara Tempahan Tiket Lawatan ke Balai Cerap Negeri Sembilan

Screenshot 2026-01-10 185010.png
Screenshot 2026-01-10 185004.png
Screenshot 2026-01-10 185019.png
bg-01.png

NOTIS PENTING

â–º

​

​

â–º

​

​

â–º

​

​

â–º

​

​

â–º

​

​

​

â–º

​

â–º

Tiket adalah terhad akan diberikan berdasarkan prinsip ‘first come, first served’.

Slot yang telah penuh tidak akan dipaparkan dalam pilihan pembelian tiket.

​

Balai cerap beroperasi mengikut sistem tiket masa, sila berada di pintu masuk atau lobi sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu kemasukan anda.

​

Semua e-tiket perlu didaftarkan di kaunter untuk mengambil gelang tangan. Sila bawa kad pengenalan atau pasport anda untuk pengesahan di kaunter pendaftaran.

​

Setiap tiket sah selama 2 jam dari waktu yang tertera pada e-tiket. Tiada masa tambahan akan diberikan untuk pendaftaran lewat.

​

Cerapan di Kubah Suria (Solar Dome) dan Kubah Utama (Main Dome) adalah tertakluk kepada keadaan cuaca. Setelah pembayaran dibuat, tiada penjadualan semula lawatan atau pemulangan bayaran akan diberikan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.

​

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun MESTI ditemani oleh seorang dewasa.

​

Bangunan Balai Cerap ini tidak mempunyai kemudahan lif untuk akses hingga ke Aras 6.

Sila gunakan tangga yang disediakan. Mohon maaf atas segala kesulitan.

main slide_logo.png

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-765 1402 / 06-765 1405
06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

  • Dasar Privasi

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13/1/2026

MEDIA SOSIAL

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan           //           Kemaskini Akhir : 30 Januari 2026

bottom of page