SAMBUTAN MAAL HIJRAH ASNAF REMBAU
- 3 Jul
- 1 min membaca

Seramai 51 orang asnaf fakir dan miskin MAINS dalam kariah Masjid an-Nur Rembau telah menghadiri Program Sambutan Maal Hijrah Bersama Asnaf di Bilik Kuliah Tingkat 1, Pejabat MAINS Daerah Rembau hari ini.
Program tersebut diadakan bagi menyemarakkan penghayatan Maal Hijrah serta memperkukuhkan semangat perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik dalam kalangan para asnaf.
Antara pengisian utama program ialah ceramah perdana bertajuk 'Hijrah: Keazaman berlandaskan al-Quran' yang disampaikan oleh Penolong Pegawai MAINS Daerah Tampin, Ust. Nabil Fikri Ridzwan.



