top of page

Aktiviti Agihan Zakat, Wakaf & Fidyah



MAINS PRIHATIN : SANTUNI KEPERLUAN 2 ANAK OKU
MAINS hari ini menziarahi keluarga En. Adli Abas di Rumah Rakyat Panchor yang memohon sambungan bantuan Surat Jaminan (GL) bagi keperluan susu dan lampin pakai buang perubatan untuk dua orang anaknya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU). Dua anak beliau, Ahmad Wafiy, 15 tahun, dan adiknya yang berusia 5 tahun, kedua-duanya mengalami masalah saraf dan terlantar serta memerlukan penjagaan dan keperluan harian secara berterusan. Bagi membantu meringankan beban keluarga, bantu
17 Ogo


HARI SABTU BUKAN ALASAN UNTUK BERHENTI BERBUAT BAIK
MAINS (Cawangan Senawang) hari ini meneruskan usaha menyantuni masyarakat melalui program gotong-royong bersama komuniti di Taman Seremban Jaya Fasa 9. Program dimulakan dengan ziarah kebajikan ke rumah dua orang ahli kariah yang sedang melalui ujian kesihatan dan kehidupan. Ziarah pertama ke rumah En. Zamani bin Misdan, yang kini mengambil tanggungjawab menjaga isteri yang menghidap kanser otak sehingga terpaksa berhenti kerja demi memberi sepenuh perhatian kepada isterinya.
15 Ogo


MAINS TERUS BERSAMA ASNAF
Daripada bantuan RM250 sebulan, kini mampu mengusahakan ratusan ekor ikan. MAINS terus bersama usahawan asnaf, membantu mereka membina kehidupan yang lebih berdikari dan mampan. #MAINS #MAINSbantu https://www.facebook.com/share/r/1EiuS4MNid/
12 Ogo


PRIHATIN ASNAF : SUMBANGAN KATIL KHAS BERI KESELESAAN
Alhamdulillah, MAINS berkesempatan menziarahi salah seorang asnaf di Taman Dusun Setia, Seremban, iaitu En. Abdul Latif Mohd. Yusof, serta menyampaikan sumbangan sebuah katil khas bagi membantu memudahkan urusan harian beliau. Beliau telah mengalami kemalangan kira-kira tiga tahun lalu dan sehingga kini masih menjalani rawatan susulan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), selain menjalani rawatan fisioterapi secara berkala. Keadaan kesihatan beliau yang masih belum stabil menyeba
12 Ogo


BENGKEL ASPIRASI PELAJAR SPM TAHFIZ NEGERI SEMBILAN
MAINS telah menganjurkan Bengkel Aspirasi Pelajar SPM Tahfiz Negeri Sembilan 2026 dengan tema 'Memperkasa Aspirasi, Memacu Kecemerlangan Pelajar Tahfiz' pada 8 hingga 9 Ogos 2026 bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson. Bengkel ini melibatkan seramai 83 orang pelajar daripada 6 buah madrasah dan pondok tahfiz di Negeri Sembilan sebagai satu inisiatif strategik dalam memperkukuh persediaan akademik, meningkatkan motivasi serta membina aspirasi pelajar tahfiz dalam mengha
10 Ogo


USAHAWAN ASNAF MENGUSAHAKAN PROJEK PENTERNAKAN IKAN
MAINS hari ini turun padang menziarahi seorang usahawan asnaf yang mengusahakan projek penternakan ikan di kediamannya di Kampung Paya Lama, Lorong Alur Sungai, Port Dickson. Usahawan berkenaan, En. P. Muhomed Ibrahim Mohd. Sharif, 65, menghidap penyakit jantung kronik yang menjejaskan keupayaan beliau menguruskan projek penternakan secara optimum. Beliau tinggal bersama isterinya yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di Sekolah Vokasional Port Dickson. Pasangan ini mempun
7 Ogo


PROGRAM KEMAHIRAN PEMPROSESAN PES IKAN & FISH SPREAD BERSAMA ASNAF MAINS
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Jabatan Zakat MAINS dengan kerjasama Pusat Pembangunan Teknologi Perikanan (PPTP) Manjung, Perak telah menganjurkan Program Kemahiran Pemprosesan Pes Ikan & Fish Spread bagi meningkatkan kemahiran peserta yang terdiri daripada golongan asnaf dalam menghasilkan produk berasaskan perikanan yang berkualiti serta berpotensi menjana pendapatan. Program telah disempurnakan oleh Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Tuan Kasim Tawe be
5 Ogo


Program Jejak Lestari 'Memelihara Alam, Memupuk Kesedaran'
Program Jejak Lestari 'Memelihara Alam, Memupuk Kesedaran' telah berjaya dilaksanakan hari ini di Bukit Tampin, Negeri Sembilan dengan konsep mendaki santai sambil menjalankan aktiviti mengutip sampah di sepanjang laluan pendakian. Program ini merupakan hasil kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Daerah Tampin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan MAINS sendiri. Inisiatif ini bertujuan memupuk kesedaran sivik tentang kepentingan memelihara k
4 Ogo


KEBAKARAN DI RUMAH RAKYAT PANCHOR
Telah berlaku sebuah bencana kebakaran di rumah seorang warga emas di Rumah Rakyat Panchor siang tadi. Difahamkan, kebakaran yang bermula pada bahagian belakang rumah akhirnya merebak dan memusnahkan sebahagian perabot dan peralatan serta struktur dapur. MAINS telah turun menyantuni warga emas ini yang juga seorang asnaf berdaftar MAINS dan menyampaikan bantuan segera kecemasan. Bantuan-bantuan susulan juga akan dilihat selepas proses siasatan pihak berwajib selesai. Berdasar
30 Jul
bottom of page
