top of page

PROGRAM PEMANTAPAN ISLAM : ASAS AKIDAH SIRI 1

  • 7 hari lalu
  • 1 min membaca


Alhamdulillah, Kompleks as-Sa'adah (KAS) MAINS telah berjaya menganjurkan Program Pemantapan Islam: Asas Akidah Siri 1 yang disertai oleh 42 orang mualaf dari seluruh Negeri Sembilan pada hujung minggu lalu.

Program ini memberi penekanan kepada pengukuhan asas keimanan melalui pembelajaran Rukun Islam dan Rukun Iman secara interaktif, santai serta menyeronokkan. Para peserta bukan sahaja mempelajari teori, malah turut terlibat dalam pelbagai aktiviti yang menguji kefahaman dan mengukuhkan ingatan mereka.

Antara aktiviti interaktif yang dijalankan ialah 'Pocket Pencil', 'Spin & Think', 'Word Search' dan 'Mix & Match'.

Suasana pembelajaran yang ceria serta penuh dengan penglibatan aktif membolehkan para peserta lebih mudah memahami dan menghayati asas-asas akidah Islam untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi bekalan yang bermanfaat, mengukuhkan keimanan serta menjadi langkah awal ke arah pembentukan seorang Muslim yang lebih yakin, berilmu dan istiqamah.

Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.

Ayuh sertai Program Pemantapan Islam: Asas Akidah Siri 2 yang akan diadakan pada 25 dan 26 Julai ini dengan mengisi borang melalui pautan


Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 24-Julai-2026

bottom of page