top of page

Aktiviti Agihan Zakat, Wakaf & Fidyah





29 ORANG PELAJAR ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN BAKAL MELANJUTKAN PELAJARAN KE TIMUR TENGAH
Dengan zakat yang anda tunaikan, seramai 29 orang pelajar anak-anak Negeri Sembilan bakal melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. Alhamdulillah, terima kasih buat semua pembayar zakat. https://www.facebook.com/share/r/14nUVhKnVZr/
28 Ogo


Program Pemantapan Islam: Asas Ibadah Siri 1
Alhamdulillah, Kompleks as-Sa’adah MAINS telah berjaya menganjurkan Program Pemantapan Islam: Asas Ibadah Siri 1 yang disertai oleh seramai 48 orang mualaf di Negeri Sembilan. Program ini memberi fokus kepada pengukuhan asas taharah dan solat melalui pendekatan yang interaktif dan santai . Para peserta bukan sahaja didedahkan kepada ilmu secara teori, malah turut terlibat dalam pelbagai aktiviti yang menguji kefahaman, mengukuhkan ingatan serta meningkatkan keyakinan dalam me
27 Ogo


3 ASNAF BAKAL USAHAWAN KELULUT BERJAYA, INSYA-ALLAH
Daripada 10 peserta yang menyertai Projek Penternakan Kelulut MAINS Siri-3, tiga orang asnaf telah dipilih sebagai bakal usahawan kelulut berdasarkan pencapaian dan prestasi terbaik dalam penternakan kelulut. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Dino Kelulut, antara penternak kelulut utama di Negeri Sembilan. Hari ini, MAINS turun menziarahi ketiga-tiga rumah peserta terpilih bagi melihat perkembangan projek serta proses penternakan yang sedang dijalankan. Setiap peserta
26 Ogo


PROGRAM KELUARGA BAHAGIA ‘BAITI JANNATI’ SATUKAN KELUARGA ASNAF
Hujung minggu lalu, MAINS telah menganjurkan Program Keluarga Bahagia ‘Baiti Jannati’ bagi asnaf-asnaf di Jempol dan Gemas bertempat di Grand Swiss-Belhotel Melaka dengan melibatkan seramai 80 orang peserta. Penganjuran program ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menghargai nikmat berkeluarga serta menerima setiap ketentuan dan takdir Allah SWT dengan penuh reda dan kesyukuran. Pelbagai aktiviti berkumpulan yang melibatkan ibu bapa dan
24 Ogo


GOTONG-ROYONG TANAH PERKUBURAN MASJID JAMEK BAHAU
Sebuah Program Kerjasama Gotong-royong Perdana Tanah Perkuburan Kariah Masjid Jamek Bahau Jalan Jelai telah berjaya dilaksanakan bagi memperkasakan semangat kesukarelawanan serta memupuk kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan komuniti setempat dalam memastikan kawasan tanah perkuburan sentiasa berada dalam keadaan bersih, terurus dan kondusif. Program yang berlangsung bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini melibatkan aktiviti pembersihan kawasan, penyelen
22 Ogo


TAKLIMAT 29 ORANG PELAJAR TAJAAN MAINS KE TIMUR TENGAH
Hasil zakat, MAINS pada hari ini menjalankan Taklimat Perjanjian Pelajar Tajaan ke Timur Tengah bagi memberi penerangan berkaitan perjanjian tajaan serta persediaan kepada para pelajar sebelum melanjutkan pengajian ke Timur Tengah. Program dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis, diikuti taklimat perjanjian pelajar oleh Penasihat Undang-Undang MAINS, Tn. Romy Norfidzy Roslan serta sesi soal jawab dan taklimat ringkas penerbangan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan uc
20 Ogo


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PEMINDAHAN KUBUR LAMA DI KARIAH MASJID KAMPUNG BATU
Program Khidmat Masyarakat Pemindahan Kubur Lama ke Tanah Perkuburan Baharu merupakan satu usaha yang dilaksanakan bagi menguruskan pemindahan jasad jenazah dari kawasan perkuburan lama ke kawasan perkuburan baharu yang telah dikenal pasti dan dipersetujui oleh pihak berkaitan. Pelaksanaan program hendaklah dilakukan dengan penuh tertib, hormat dan mematuhi hukum syarak serta prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebanyak 15 kubur lama telah dipindahkan
18 Ogo


MAINS PRIHATIN : SANTUNI KEPERLUAN 2 ANAK OKU
MAINS hari ini menziarahi keluarga En. Adli Abas di Rumah Rakyat Panchor yang memohon sambungan bantuan Surat Jaminan (GL) bagi keperluan susu dan lampin pakai buang perubatan untuk dua orang anaknya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU). Dua anak beliau, Ahmad Wafiy, 15 tahun, dan adiknya yang berusia 5 tahun, kedua-duanya mengalami masalah saraf dan terlantar serta memerlukan penjagaan dan keperluan harian secara berterusan. Bagi membantu meringankan beban keluarga, bantu
17 Ogo
bottom of page
