top of page

PROGRAM 'THE NEXT LEVEL' SIRI 2 PERKASA POTENSI PELAJAR KOMPLEKS DARUL ASNAF

  • 6 hari lalu
  • 1 min membaca

Kompleks Darul Asnaf Sri Sendayan (DASS) MAINS telah menganjurkan Program 'The Next Level' – Siri 2 selama dua hari satu malam pada hujung minggu lalu di D’Tempat Country Club dengan penyertaan seramai 32 orang pelajar kompleks tersebut. Program ini merupakan kesinambungan inisiatif pembangunan akademik dan sahsiah pelajar yang dirangka bagi memperkasakan potensi mereka melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif, inovatif dan berimpak tinggi.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai modul menarik antaranya Syoknya Matematik, Syoknya Belajar English, 'Problem Solving Challenges', 'Take Action' (Modul Anjakan Paradigma) serta Bijak 'AI', Bijak Belajar. Setiap modul disusun secara sistematik bagi membantu pelajar menguasai teknik pembelajaran yang lebih berkesan, meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, mengukuhkan semangat kerja berpasukan serta membentuk sikap positif dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik dan pembentukan sahsiah yang unggul.

Penganjuran program ini diharapkan dapat membina jati diri pelajar yang lebih mantap, memberikan hala tuju yang jelas dalam pembelajaran serta membimbing mereka memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara beretika sebagai medium sokongan dalam proses pembelajaran. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen MAINS dalam melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berdaya saing, berakhlak mulia dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan demi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Kompleks DASS, En. Mohd. Syafiq Abdul Rashid.


Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 24-Julai-2026

bottom of page