top of page

PROGRAM PEMANTAPAN ISLAM : ASAS AKIDAH SIRI 2

  • 27 Jul
  • 1 min membaca

Alhamdulillah, Kompleks as-Sa'adah (KAS) MAINS telah berjaya menganjurkan Program Pemantapan Islam: Asas Akidah Siri 2 yang disertai oleh para mualaf berdaftar di Negeri Sembilan pada hujung minggu lalu.

Program ini memberi penekanan kepada pengukuhan asas keimanan melalui pembelajaran Rukun Islam dan Rukun Iman secara interaktif, santai serta menyeronokkan. Para peserta bukan sahaja mempelajari teori, malah turut terlibat dalam pelbagai aktiviti yang menguji kefahaman serta mengukuhkan ingatan terhadap ilmu yang dipelajari.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi panduan dalam memperkukuhkan akidah serta meningkatkan penghayatan terhadap ajaran Islam.

 Jom sertai Program Pemantapan Islam: Asas Akidah Siri 3 yang akan diadakan pada 26 hingga 27 September 2026.

 Daftar sekarang melalui pautan berikut: https://forms.gle/zLZaP6TQK6zfbM4e8

 Sebarang pertanyaan, sila hubungi Kompleks as-Sa'adah (KAS), MAINS di talian 06-762 2144.


Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 26-Ogos-2026

bottom of page