PROGRAM KESEJAHTERAAN MENTAL ASNAF BAGI DAERAH PORT DICKSON DAN CAWANGAN SEREMBAN 2

MAINS telah menganjurkan Program Kesejahteraan Mental Asnaf bagi Daerah Port Dickson dan Cawangan Seremban 2 yang melibatkan seramai 40 orang asnaf bertempat di Tarun Residensi Motocamp, Lenggeng, Negeri Sembilan.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan mengurus emosi dalam kehidupan seharian, di samping memperkukuhkan kesejahteraan mental sebagai asas kepada pembentukan kehidupan yang lebih sejahtera.
Pengisian program dimulakan dengan slot ceramah yang disampaikan oleh Kaunselor MAINS Daerah Jempol, En. Ahmad Syarqawi Hasbullah, sebelum diteruskan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh kaunselor dan penolong kaunselor MAINS dari Daerah Port Dickson, Jempol dan Bahagian Kaunseling di Ibu Pejabat.
Selain memberi pendedahan tentang pengurusan emosi, program ini turut menekankan peranan serta tanggungjawab setiap individu terhadap diri sendiri dalam membina kehidupan yang lebih sihat, positif dan berkualiti.
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Ketua Unit Kaunseling MAINS, Pn. Siti Noor Hafizah Che Jusoh bersama Kaunselor MAINS Daerah Port Dickosn, Pn. Umi Kalthum Abdul Mutalib.



