DARUL ASNAF CAKNA ISU BULI
- 5 hari lalu
- 1 min membaca

Ada luka yang tidak mengalirkan darah. Tiada lebam yang kelihatan. Namun, kesannya mampu menghantui seseorang sehingga bertahun-tahun lamanya.
Atas kesedaran itulah, Kompleks Darul Asnaf Seri Tanjung (DAST) MAINS telah menganjurkan Program 'Luka Yang Tak Nampak' pada 17 hingga 19 Julai 2026 di Arena Premier Hotel, Seremban, melibatkan 25 orang pelajar.
Program ini bukan sekadar memberi pendedahan tentang bahaya buli, malah menyemai keberanian untuk berkata 'Tidak kepada Buli, membina sifat empati, serta mendidik pelajar agar menjadi pelindung kepada mangsa, bukannya menjadi sebahagian daripada pembuli atau hanya berdiam diri.
Semoga tiada lagi anak yang pulang dengan senyuman yang dipaksa, menangis dalam diam atau memendam luka yang tidak mampu dilihat oleh mata. Bersama-sama, kita bina persekitaran yang lebih selamat, penyayang dan bebas daripada budaya buli.



