PROGRAM KESEJAHTERAAN MENTAL ASNAF BAGI DAERAH JEMPOL DAN CAWANGAN GEMAS
- 24 Jul
- 1 min membaca

MAINS telah menganjurkan Program Kesejahteraan Mental Asnaf bagi Daerah Jempol dan Cawangan Gemas yang melibatkan seramai 40 orang asnaf.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan mengurus emosi dalam kehidupan seharian, di samping memperkukuhkan kesejahteraan mental sebagai asas kepada pembentukan kehidupan yang lebih sejahtera.
pengisian program dimulakan dengan slot ceramah yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal MAINS, Tn. Hj. Norazman Amat, sebelum diteruskan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh kaunselor dan penolong kaunselor MAINS dari Daerah Jempol, Kuala Pilah dan Tampin.
Selain memberi pendedahan tentang pengurusan emosi, program ini turut menekankan peranan serta tanggungjawab setiap individu terhadap diri sendiri dalam membina kehidupan yang lebih sihat, positif dan berkualiti.
majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Pegawai MAINS Daerah Jempol, Ust. Muttaqin Mohd Fakiri, dan turut dihadiri Pegawai MAINS Cawangan Gemas, Pn. Che Rozita Che Rahman.


