15 ANAK ASNAF TAMAT PENGAJIAN SIJIL 'ONSHORE OIL & GAS'
- 4 hari lalu
- 1 min membaca

#KEMAMAN Seramai 15 orang anak-anak asnaf Negeri Sembilan telah berjaya menamatkan pengajian Sijil dalam bidang 'Onshore Oil & Gas' menerusi kerjasama strategik antara MAINS, Ranaco Education & Training Institute dan High Skills Technology Sdn. Bhd..
Penganugerahan sijil tamat pengajian yang dijalankan di Kemaman itu telah disempurnakan oleh Pengarah, Jabatan Zakat MAINS, Tn. Mahadi Ali. Turut mengiringi penyampaian sijil ialah Ketua Pegawai Operasi, Ranaco Education & Training Institute, Kapten Saad Din.
Program latihan kemahiran ini merupakan salah satu inisiatif MAINS dalam memperkasa anak-anak asnaf melalui pembangunan modal insan dan latihan kemahiran teknikal yang memenuhi keperluan industri. Diharapkan kejayaan para peserta menamatkan pengajian ini menjadi pemangkin kepada peningkatan kebolehpasaran mereka sekali gus membuka peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik.
Turut hadir Pengarah Eksekutif High Skills Technology Sdn. Bhd., Tengku Farhan Tengku Amin serta Pengarah High Skills Technology Sdn. Bhd., Tn. Mohd. Ghazale Hashim. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari.



