KEBAKARAN RUMAH DI TAMAN PELANGI, SIKAMAT
27 Jul
1 min membaca

Sebuah rumah di Taman Pelangi, Sikamat telah mengalami kebakaran pada bahagian dapur ketika ketiadaan penghuni. Kerjasama pantas daripada jiran berjaya mengelakkan malapetaka yang lebih besar.
Hasil maklumat awam, MAINS telah turun menyantuni mangsa dan menyampaikan bantuan kecemasan. Berdasarkan rekod juga, zakat turut pernah membantu salah seorang anak dalam keluarga ini yang menghidap penyakit jantung.
Bantuan telah disampaikan oleh Penolong Pegawai MAINS Daerah Seremban, Pn. Hazwani Zulanafi.
Terima kasih pembayar zakat.



