top of page

86 PESERTA SERTAI TEMUDUGA LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA MAINS

  • 6 hari lalu
  • 1 min membaca


Seramai 86 peserta telah menghadiri sesi temuduga terbuka bagi Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya yang dianjurkan khusus untuk anak-anak asnaf MAINS serta belia dalam kategori B40 yang berhasrat membina masa depan yang lebih cerah.

Peserta yang hadir telah memohon mengikuti latihan dalam tiga bidang berpotensi tinggi iaitu 'Hospitality Services in Off-Shore Oil & Gas', 'Plastic Welding Technology' dan 'Terminal Tractor Operator (TTO)'.

Melalui program ini, peserta berpeluang mengikuti latihan kemahiran secara percuma, menerima elaun sepanjang tempoh latihan, menikmati kemudahan penginapan serta berpeluang memperoleh pekerjaan selepas berjaya menamatkan latihan.

Inisiatif ini merupakan antara usaha MAINS dalam memperkasa golongan asnaf dan B40 melalui pembangunan kemahiran serta peluang pekerjaan yang mampan, sekali gus membantu mereka meningkatkan taraf hidup dan mencapai kehidupan yang lebih sejahtera.

Semoga sesi temuduga yang berlangsung hari ini menjadi titik permulaan kepada perubahan kehidupan yang lebih baik buat setiap peserta dalam membina kerjaya, meningkatkan taraf hidup serta keluar daripada kepompong kemiskinan.


Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 24-Julai-2026

bottom of page