top of page

Aktiviti Agihan Zakat, Wakaf & Fidyah



MAINS SANTUNI KELUARGA TERKESAN, BANTU PROSES PEMINDAHAN KE KEDIAMAN LEBIH SELAMAT
Di Seremban, MAINS bersama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) telah menyantuni sebuah keluarga yang terkesan susulan kerja-kerja perobohan sebahagian kediaman mereka bagi tujuan projek pembesaran sungai berhampiran Bangunan MARA. Keluarga berkenaan sebelum ini menetap di atas tanah rizab kerajaan yang turut berada di kawasan yang sering dilanda banjir. Lima ahli keluarga mendiami kediaman tersebut, terdiri daripada tiga orang warga emas, seorang lelaki yang te
1 Okt


"BAGI MAK CIK, SEMUANYA SUDAH MENCUKUPI..."
Biarpun tinggal di sebuah rumah tanpa dapur, menggunakan tandas di luar serta berdepan risiko ular memasuki kediaman pada waktu malam, Pn. Rokiah Mohd Yassin tetap menyambut kunjungan MAINS dengan wajah yang ceria dan penuh reda. Ziarah ke kediaman asnaf warga emas di Kampung Jelin, Jelebu ini dilaksanakan selepas semakan rekod mendapati beliau tidak pernah memohon bantuan lain selain Bantuan Fakir Miskin. Ketika kunjungan dilakukan, Pn. Rokiah baru sahaja pulang mendapatkan
11 Sep


DIUJI KEHILANGAN KEDUA-DUA IBU BAPA, CALON SPM TERUS DIBELA
Di sebalik persiapannya menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang pelajar di Kampung Geylang terpaksa berdepan ujian berat apabila kehilangan ibunya, yang merupakan asnaf MAINS, pada Ogos lalu. Pemergian tersebut menjadikannya seorang anak yatim piatu. Prihatin terhadap nasib pelajar berkenaan, MAINS telah mengadakan kunjungan ziarah bagi menyantuni serta meneliti keperluan semasanya. Meskipun kehilangan kedua-dua ibu bapa, kebajikannya terus terbela mene
10 Sep


4 NELAYAN ASNAF PORT DICKSON TERIMA JALA
Empat orang nelayan asnaf di daerah Port Dickson menerima bantuan berupa satu set jala dan wang tunai bagi membantu meningkatkan keupayaan mereka menjana pendapatan melalui aktiviti perikanan. Penyerahan bantuan tersebut turut dirakam menerusi dokumentari bertajuk“Impak Zakat dan Wakaf: Kehidupan Asnaf dan Projek Kubah Pengering Solar”dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang. Dokumentari berkenaan bertujuan mengetengahkan impak sebenar agihan zakat dan wakaf MA
9 Sep


BANTUAN KEDIAMAN MUSNAH SEPENUHNYA DALAM KEJADIAN KEBAKARAN
Sebuah keluarga diuji apabila kediaman mereka di Taman Indah, Sikamat musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada tengah hari tadi. Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas pada peti ais sebelum api merebak dengan pantas dan memusnahkan kediaman berkenaan. Kejadian tersebut turut memberi kesan kepada lima buah rumah berhampiran. Rumah berkenaan didiami oleh sepasang suami isteri bersama tiga orang anak serta dua orang adik-beradik. Dalam sekelip ma
5 Sep


KEBAKARAN DI RUMAH RAKYAT PANCHOR
Telah berlaku sebuah bencana kebakaran di rumah seorang warga emas di Rumah Rakyat Panchor siang tadi. Difahamkan, kebakaran yang bermula pada bahagian belakang rumah akhirnya merebak dan memusnahkan sebahagian perabot dan peralatan serta struktur dapur. MAINS telah turun menyantuni warga emas ini yang juga seorang asnaf berdaftar MAINS dan menyampaikan bantuan segera kecemasan. Bantuan-bantuan susulan juga akan dilihat selepas proses siasatan pihak berwajib selesai. Berdasar
30 Jul


KEBAKARAN RUMAH DI TAMAN PELANGI, SIKAMAT
Sebuah rumah di Taman Pelangi, Sikamat telah mengalami kebakaran pada bahagian dapur ketika ketiadaan penghuni. Kerjasama pantas daripada jiran berjaya mengelakkan malapetaka yang lebih besar. Hasil maklumat awam, MAINS telah turun menyantuni mangsa dan menyampaikan bantuan kecemasan. Berdasarkan rekod juga, zakat turut pernah membantu salah seorang anak dalam keluarga ini yang menghidap penyakit jantung. Bantuan telah disampaikan oleh Penolong Pegawai MAINS Daerah Seremban,
27 Jul


MAINS ZIARAH KEBAJIKAN KE ATAS DUA BUAH KELUARGA YANG BARU KEHILANGAN KETUA KELUARGA
Kehilangan insan yang menjadi tempat bergantung bukan sahaja meninggalkan luka di hati, malah mengundang pelbagai cabaran dalam meneruskan kehidupan, lebih-lebih lagi apabila keluarga kehilangan sumber pendapatan utama. Atas rasa prihatin terhadap ujian yang menimpa, MAINS telah mengadakan ziarah kebajikan ke atas dua buah keluarga yang baru kehilangan ketua keluarga di kawasan Labu dan Mantin, petang tadi. Bagi meringankan beban yang ditanggung, MAINS telah menyalurkan bantu
21 Jul


BAYI PRAMATANG TERIMA BANTUAN RM15k
Di sebuah rumah sederhana di Taman Desa Dahlia, seorang bayi yang kini berusia empat bulan dilahirkan pramatang dan disahkan menghidap 'Prematurity with Chronic Lung Disease'. Si kecil ini memerlukan rawatan serta suntikan khas bagi memastikan keadaannya terus dipantau dan diberi peluang untuk membesar dengan lebih sihat. Bagi kedua-dua ibu bapanya, setiap hari adalah perjuangan. Harapan mereka hanya satu, iaitu melihat anak kecil mereka membesar dengan sihat seperti kanak-ka
16 Jul
bottom of page
