top of page

BANTUAN KEDIAMAN MUSNAH SEPENUHNYA DALAM KEJADIAN KEBAKARAN

5 Sep
1 min membaca

Sebuah keluarga diuji apabila kediaman mereka di Taman Indah, Sikamat musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada tengah hari tadi.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas pada peti ais sebelum api merebak dengan pantas dan memusnahkan kediaman berkenaan. Kejadian tersebut turut memberi kesan kepada lima buah rumah berhampiran.

Rumah berkenaan didiami oleh sepasang suami isteri bersama tiga orang anak serta dua orang adik-beradik. Dalam sekelip mata, kediaman yang menjadi tempat mereka sekeluarga berteduh kini tinggal kesan kebakaran.

Prihatin dengan musibah yang menimpa, MAINS telah hadir menziarahi keluarga berkenaan serta menyampaikan sumbangan bantuan segera bagi meringankan beban dan membantu memenuhi keperluan awal mereka. Bantuan disampaikan oleh Penolong Pegawai MAINS Daerah Seremban, Pn. Hazwani Zulanafi.

Di saat sebuah keluarga sedang diuji dengan kehilangan, semoga kehadiran dan bantuan yang disampaikan dapat memberi sedikit kekuatan untuk mereka kembali bangkit dan meneruskan kehidupan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh keluarga yang terjejas, mempermudahkan segala urusan mereka serta menggantikan setiap kehilangan dengan rezeki dan kebaikan yang lebih baik.



Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 09-Okt-2026

bottom of page