top of page

KEBAKARAN DI RUMAH RAKYAT PANCHOR

  • 30 Jul
  • 1 min membaca

Telah berlaku sebuah bencana kebakaran di rumah seorang warga emas di Rumah Rakyat Panchor siang tadi. Difahamkan, kebakaran yang bermula pada bahagian belakang rumah akhirnya merebak dan memusnahkan sebahagian perabot dan peralatan serta struktur dapur.

MAINS telah turun menyantuni warga emas ini yang juga seorang asnaf berdaftar MAINS dan menyampaikan bantuan segera kecemasan. Bantuan-bantuan susulan juga akan dilihat selepas proses siasatan pihak berwajib selesai.

Berdasarkan rekod zakat, rumah tersebut telah menerima bantuan baik pulih berjumlah RM48,646 yang telah siap pada Februari 2023. Pada Mac 2023 pula, kakitangan MAINS bersama NGO dan RELA telah melaksanakan gotong-royong besar-besaran termasuk memindahkan perabot baharu, membersihkan kawasan persekitaran, mengecat dan kerja-kerja tambahan menambah baik siling serta beberapa bahagian rumah yang lain.

Terima kasih pembayar zakat.



Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 26-Ogos-2026

bottom of page