top of page

DIUJI KEHILANGAN KEDUA-DUA IBU BAPA, CALON SPM TERUS DIBELA

10 Sep
1 min membaca

Di sebalik persiapannya menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang pelajar di Kampung Geylang terpaksa berdepan ujian berat apabila kehilangan ibunya, yang merupakan asnaf MAINS, pada Ogos lalu. Pemergian tersebut menjadikannya seorang anak yatim piatu.

Prihatin terhadap nasib pelajar berkenaan, MAINS telah mengadakan kunjungan ziarah bagi menyantuni serta meneliti keperluan semasanya.

Meskipun kehilangan kedua-dua ibu bapa, kebajikannya terus terbela menerusi dua orang bapa saudara yang masih bujang, masing-masing berusia 55 dan 59 tahun. Kedua-duanya kini memikul tanggungjawab menjaga serta memenuhi keperluan harian anak saudara mereka.

Kunjungan tersebut turut diteruskan ke SMK Pertang, tempat pelajar berkenaan menuntut ilmu. Beliau merupakan antara pelajar harapan sekolah dan kini giat membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan SPM.

Hasil perbincangan bersama, pelajar tersebut dikenal pasti untuk menerima bantuan asnaf secara bulanan mengikut kadar had kifayah yang ditetapkan. Bantuan berkenaan akan disalurkan menerusi bapa saudaranya yang merupakan penjaga sah.

Program ziarah diakhiri dengan penyerahan bantuan tunai zakat bagi membantu menampung keperluan dan perbelanjaan hariannya.

Turut hadir Pengetua SMK Pertang, Tn. Mohd. Zaki Jahaya, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Azriah Mohd. Azmir serta Pengerusi Masjid Warisan Geylang, En. Khairuddin Md. Zin. Penyerahan bantuan disempurnakan oleh Pegawai MAINS Daerah Jelebu, Tn. Hazmi Abd. Kadir.

Semoga bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban serta menyuntik semangat kepada beliau untuk terus tabah, tekun belajar dan mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM. Kehilangan insan tersayang bukan noktah sebuah perjuangan. Semoga setiap langkahnya dipermudah dan impiannya menuju masa depan yang cemerlang menjadi kenyataan.

Terima kasih pembayar zakat.



Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 23-Okt-2026

bottom of page