top of page

"BAGI MAK CIK, SEMUANYA SUDAH MENCUKUPI..."

11 Sep
2 min membaca

Biarpun tinggal di sebuah rumah tanpa dapur, menggunakan tandas di luar serta berdepan risiko ular memasuki kediaman pada waktu malam, Pn. Rokiah Mohd Yassin tetap menyambut kunjungan MAINS dengan wajah yang ceria dan penuh reda.

Ziarah ke kediaman asnaf warga emas di Kampung Jelin, Jelebu ini dilaksanakan selepas semakan rekod mendapati beliau tidak pernah memohon bantuan lain selain Bantuan Fakir Miskin.

Ketika kunjungan dilakukan, Pn. Rokiah baru sahaja pulang mendapatkan barangan dapur menggunakan bantuan zakat MAINS. Beliau menyambut kehadiran rombongan bersama kakak dan abangnya yang tinggal berdekatan.


Pn. Rokiah yang tidak pernah berkahwin kini tinggal bersama seorang abangnya yang juga uzur dan masih bujang. Kehidupan mereka berdua bergantung pada bantuan bulanan zakat, manakala keperluan makan dan minum dibantu oleh kakaknya yang tinggal berhampiran serta merupakan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Apabila ditanya mengenai keperluan hariannya, Pn. Rokiah dengan penuh rasa syukur memaklumkan bahawa segala keperluan asas mereka telah mencukupi, khususnya dengan adanya bantuan MAINS yang banyak membantu kelangsungan hidup mereka.


Namun, hasil tinjauan pegawai mendapati kediaman tersebut tidak mempunyai ruang dapur kerana dapur lama telah rosak dan tidak lagi boleh dibaiki. Tandas pula terletak di luar rumah pada jarak yang agak jauh, sekali gus menyukarkan pergerakan dua beradik warga emas berkenaan.

Keadaan beberapa pintu rumah yang telah uzur dan reput turut menimbulkan kebimbangan apabila ular dikatakan kadangkala memasuki kediaman mereka pada waktu malam.

Di sebalik segala kekurangan itu, Pn. Rokiah tidak pernah mengeluh. Apa yang sedikit di mata kita, tetap dianggap cukup bagi insan yang hatinya dipenuhi rasa syukur.


Hasil ziarah tersebut, MAINS telah menyerahkan sumbangan tunai zakat kepada beliau. Bantuan membaik pulih dapur dan membina tandas juga akan dipertimbangkan demi menyediakan kediaman yang lebih selamat, selesa dan sesuai dengan keperluan mereka sebagai warga emas.

Semoga setiap zakat yang ditunaikan terus menjadi asbab hadirnya perlindungan, keselesaan dan sinar baharu dalam kehidupan golongan yang memerlukan.

Turut hadir dalam ziarah tersebut ialah Pegawai MAINS Daerah Jelebu, Ust. Hazmi Abd Kadir.



Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 22-Okt-2026

bottom of page