top of page

Program Jejak Lestari 'Memelihara Alam, Memupuk Kesedaran'

  • 4 Ogo
  • 1 min membaca

Program Jejak Lestari 'Memelihara Alam, Memupuk Kesedaran' telah berjaya dilaksanakan hari ini di Bukit Tampin, Negeri Sembilan dengan konsep mendaki santai sambil menjalankan aktiviti mengutip sampah di sepanjang laluan pendakian.

Program ini merupakan hasil kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Daerah Tampin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan MAINS sendiri. Inisiatif ini bertujuan memupuk kesedaran sivik tentang kepentingan memelihara kebersihan alam sekitar, di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti rekreasi yang bermanfaat.

Sepanjang program, para peserta bukan sahaja berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi, malah turut berganding bahu mengutip sampah sebagai tanda komitmen bersama dalam memastikan kawasan rekreasi sentiasa bersih, selamat dan lestari untuk dinikmati oleh semua.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya JHEAINS Daerah Tampin, APM, urus setia serta para peserta yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang cemerlang bagi menjayakan program ini.

Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap pemeliharaan alam sekitar dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.



Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 26-Ogos-2026

bottom of page