top of page

HARI SABTU BUKAN ALASAN UNTUK BERHENTI BERBUAT BAIK

15 Ogo
1 min membaca

MAINS (Cawangan Senawang) hari ini meneruskan usaha menyantuni masyarakat melalui program gotong-royong bersama komuniti di Taman Seremban Jaya Fasa 9.

Program dimulakan dengan ziarah kebajikan ke rumah dua orang ahli kariah yang sedang melalui ujian kesihatan dan kehidupan.

Ziarah pertama ke rumah En. Zamani bin Misdan, yang kini mengambil tanggungjawab menjaga isteri yang menghidap kanser otak sehingga terpaksa berhenti kerja demi memberi sepenuh perhatian kepada isterinya.

Seterusnya, ziarah ke rumah Pn. Norhapiza binti Mahat, seorang balu yang kini membesarkan tiga orang anak yang masih bersekolah selepas kehilangan suami akibat kanser limfoma. Dalam masa yang sama, Pn. Norhapiza sendiri sedang berdepan dengan kanser payudara.

Program diteruskan dengan gotong-royong membersihkan kediaman Pn. Aminah binti Kunjambu, seorang asnaf fakir yang tinggal bersendirian serta mempunyai masalah kesihatan. Pn. Aminah menerima bantuan zakat sebanyak RM250 sebulan dan turut mendapat perhatian serta kepedulian jiran tetangga yang sentiasa membantu menguruskan keperluan hariannya.

Gotong-royong ini dilaksanakan dengan kerjasama Surau Nur Ikhwan Fasa 9 dan KRT Taman Seremban Jaya Fasa 9, sebagai tanda kebersamaan dalam menjaga kebajikan masyarakat setempat.

Turut bersama menjayakan program ialah Pengerusi Surau Nur Ikhwan Fasa 9, En. Omar Ahmad dan Pengerusi KRT Taman Seremban Jaya Fasa 9, En. Anuar Hamid.

Terima kasih kepada semua yang meluangkan masa pada hujung minggu untuk bersama-sama membantu mereka yang memerlukan. Kerana dalam setiap keringat yang dicurahkan, ada insan yang sedang kita ringankan bebannya.

Terima kasih pembayar zakat.


Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 09-Okt-2026

bottom of page