top of page

PRIHATIN ASNAF : SUMBANGAN KATIL KHAS BERI KESELESAAN

12 Ogo
1 min membaca

Alhamdulillah, MAINS berkesempatan menziarahi salah seorang asnaf di Taman Dusun Setia, Seremban, iaitu En. Abdul Latif Mohd. Yusof, serta menyampaikan sumbangan sebuah katil khas bagi membantu memudahkan urusan harian beliau.

Beliau telah mengalami kemalangan kira-kira tiga tahun lalu dan sehingga kini masih menjalani rawatan susulan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), selain menjalani rawatan fisioterapi secara berkala. Keadaan kesihatan beliau yang masih belum stabil menyebabkan penggunaan katil khas amat diperlukan bagi membantu memudahkan pergerakan, urusan penjagaan serta aktiviti harian beliau.

Semoga sumbangan ini dapat memberikan sedikit keselesaan kepada En. Abdul Latif dan keluarga, serta meringankan beban yang ditanggung.

Terima kasih pembayar zakat.



Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 09-Okt-2026

bottom of page