PROGRAM KEMAHIRAN PEMPROSESAN PES IKAN & FISH SPREAD BERSAMA ASNAF MAINS

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Jabatan Zakat MAINS dengan kerjasama Pusat Pembangunan Teknologi Perikanan (PPTP) Manjung, Perak telah menganjurkan Program Kemahiran Pemprosesan Pes Ikan & Fish Spread bagi meningkatkan kemahiran peserta yang terdiri daripada golongan asnaf dalam menghasilkan produk berasaskan perikanan yang berkualiti serta berpotensi menjana pendapatan.
Program telah disempurnakan oleh Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Tuan Kasim Tawe bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Agihan Jabatan Zakat MAINS, Mohd Hasni Zulkiflie.
Sepanjang program, para peserta mengikuti sesi teori dan amali meliputi penghasilan pes ikan, fish spread serta teknik pembungkusan produk sebagai nilai tambah dalam memperkasakan ekonomi asnaf.



