MAINS PRIHATIN : SANTUNI KEPERLUAN 2 ANAK OKU

MAINS hari ini menziarahi keluarga En. Adli Abas di Rumah Rakyat Panchor yang memohon sambungan bantuan Surat Jaminan (GL) bagi keperluan susu dan lampin pakai buang perubatan untuk dua orang anaknya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).
Dua anak beliau, Ahmad Wafiy, 15 tahun, dan adiknya yang berusia 5 tahun, kedua-duanya mengalami masalah saraf dan terlantar serta memerlukan penjagaan dan keperluan harian secara berterusan.
Bagi membantu meringankan beban keluarga, bantuan GL bagi keperluan susu dan lampin pakai buang perubatan diteruskan dengan nilai RM2,496 sebulan.
En. Adli hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan separuh masa memandangkan beliau perlu membahagikan masa untuk bekerja dan pada masa yang sama menjaga kedua-dua anaknya.
Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat membantu meringankan beban keluarga serta memastikan keperluan harian kedua-dua anak beliau terus terpelihara. Semoga setiap bantuan yang disampaikan menjadi asbab hadirnya kekuatan, ketenangan dan keberkatan buat keluarga ini.



