top of page

Aktiviti Agihan Zakat, Wakaf & Fidyah



PROGRAM LATIHAN & KERJAYA ONSHORE OIL & GAS
MAINS dengan kerjasama High Skills Technology Sdn Bhd (HiSTEC) telah melaksanakan Sesi Temuduga Program Latihan dan Kerjaya 'Onshore Oil & Gas' pada 24 Jun 2026 bertempat di Masjid Bandar Senawang, Negeri Sembilan. Seramai 20 orang anak-anak asnaf MAINS telah hadir bagi menjalani proses pemilihan. Penilaian merangkumi Ujian Psikologi dan Kerjaya, Taklimat Pusat Latihan RANACO Education & Training Institute (RETI) Kemaman, Terengganu serta Ujian Fizikal. Program ini dirangka s
24 Jun


BANTUAN ZAKAT RINGANKAN BEBAN PESAKIT TERLANTAR
MAINS hari ini telah menziarahi seorang lelaki berusia 36 tahun yang kini terlantar dan lumpuh selepas menjalani pembedahan pada bahagian otak akibat komplikasi penyakit darah tinggi. Dalam lawatan tersebut, MAINS telah menyalurkan bantuan wang tunai segera berjumlah RM300 bagi membantu meringankan keperluan harian beliau dan keluarga. Selain itu, bantuan susulan berupa bekalan lampin pakai buang serta susu khas turut akan disalurkan dalam masa terdekat. Beliau yang masih buj
23 Jun


ISU TULAR THREADS: PAK CIK ROSLY, UBI & KUCING-KUCINGNYA
Beberapa hari lalu, agak tular di laman Threads mengenai kisah pak cik Rosly yang hanya memakan ubi kayu goreng bersama kucing-kucingnya. Terima kasih diucapkan kepada para pengguna media sosial yang prihatin sama ada mereka yang menyampaikan maklumat terus kepada MAINS dan mereka yang telah membantu pak cik Rosly dengan wang ringgit atau barangan keperluan. Terlebih dahulu, berdasarkan rekod, pak cik Rosly ialah seorang penerima bantuan zakat MAINS secara bulanan sejak tahun
23 Jun


PROGRAM ‘A-STAR STUDENT AMAZING GENIUS’
Darul Asnaf Seri Tanjung (DAST) MAINS, Kuala Pilah telah berjaya melaksanakan Program ‘A-Star Student Amazing Genius’ yang berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 19 hingga 21 Jun 2026 di Klana Resort Seremban melibatkan seramai 25 orang pelajar kompleks tersebut. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teknik pembelajaran yang berkesan bagi membantu meningkatkan kemahiran belajar, pengurusan masa serta kecemerlangan akademik. Sepanjang pr
23 Jun


PROGRAM ‘ENGLISH IN ACTION’ PERKASA KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS PELAJAR DASS
Kompleks Darul Asnaf Sri Sendayan (DASS) MAINS telah menganjurkan Program ‘English In Action’ selama dua hari satu malam pada hujung minggu lalu yang melibatkan seramai 32 orang pelajar kompleks tersebut. Program ini diadakan bagi menyediakan platform pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan praktikal dalam usaha meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar DASS. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti berkumpul
22 Jun


PROGRAM ASAS SEMBELIHAN BERI PENDEDAHAN KEPADA MUALAF
Seramai 45 orang mualaf yang terdiri daripada masyarakat berbangsa Cina, India, Orang Asli serta saudara baharu dari Sabah dan Sarawak telah mengikuti Program Asas Sembelihan yang berlangsung di Kompleks as-Sa’adah MAINS. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kaedah sembelihan yang menepati syariat Islam melalui gabungan sesi teori dan latihan praktikal. Sepanjang program, para peserta berpeluang mempelajari serta mempraktikkan proses penyembel
20 Jun


REMAJA 16 TAHUN DIDUGA DENGAN PENYAKIT DENGGI BERDARAH
Seorang remaja berusia 16 tahun yang diduga dengan penyakit denggi berdarah telah diziarahi MAINS di Hospital Tuanku Ja'afar hari ini. Beliau sebelum ini terpaksa ditidurkan selama sebulan dan kini hanya diberi minum susu melalui hidung setelah lehernya ditebuk. Zakat akan membantu beliau secara bulanan dengan bantuan ubat cair darah, susu khas dan lampin pakai buang berjumlah RM1,500 selain bantuan mesin 'Angelbuss Suction Pump' yang bernilai RM600. Ziarah pada hari ini turu
18 Jun


SAMBUTAN MAAL HIJRAH ASNAF NILAI
Pada hari ini, MAINS telah menganjurkan Program Sambutan Maal Hijrah Bersama Asnaf Fakir dan Miskin dalam kawasan Nilai yang diadakan di Masjid Kariah Kampung Pulai Lambar, Labu. Program telah dihadiri seramai 164 orang asnaf daripada golongan fakir dan miskin. Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh Penolong Pegawai MAINS Cawangan Nilai, En. Khairul Aifaa Md Salleh bagi memberikan penerangan berkaitan peranan MAINS serta inisiatif bantuan yang di
17 Jun


SAMBUTAN MAAL HIJRAH BERSAMA ASNAF SENAWANG
Seramai 79 orang asnaf fakir dan miskin dari sekitar Senawang telah menghadiri Program Sambutan Maal Hijrah Bersama Asnaf di Masjid Sayyidatina Aisyah, Bandar Seremban Selatan, hari ini. Program tersebut diadakan bagi menyemarakkan penghayatan Maal Hijrah serta memperkukuhkan semangat perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik dalam kalangan para asnaf. Antara pengisian utama program ialah ceramah perdana bertajuk 'Hijrah: Paksa atau Rela'yang disampaikan oleh Pakar Motivasi
17 Jun
bottom of page
