PROGRAM ‘A-STAR STUDENT AMAZING GENIUS’
- 23 Jun
- 1 min membaca

Darul Asnaf Seri Tanjung (DAST) MAINS, Kuala Pilah telah berjaya melaksanakan Program ‘A-Star Student Amazing Genius’ yang berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 19 hingga 21 Jun 2026 di Klana Resort Seremban melibatkan seramai 25 orang pelajar kompleks tersebut.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teknik pembelajaran yang berkesan bagi membantu meningkatkan kemahiran belajar, pengurusan masa serta kecemerlangan akademik. Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan modul yang dirangka untuk membentuk sikap positif terhadap pembelajaran serta meningkatkan motivasi diri dalam mencapai kejayaan.
Diharapkan program seperti ini dapat melahirkan generasi asnaf yang berilmu, berdaya saing dan cemerlang selaras dengan usaha MAINS dalam memperkasakan pembangunan pendidikan golongan asnaf.



