top of page

BANTUAN ZAKAT RINGANKAN BEBAN PESAKIT TERLANTAR

  • 23 Jun
  • 1 min membaca

MAINS hari ini telah menziarahi seorang lelaki berusia 36 tahun yang kini terlantar dan lumpuh selepas menjalani pembedahan pada bahagian otak akibat komplikasi penyakit darah tinggi.

Dalam lawatan tersebut, MAINS telah menyalurkan bantuan wang tunai segera berjumlah RM300 bagi membantu meringankan keperluan harian beliau dan keluarga. Selain itu, bantuan susulan berupa bekalan lampin pakai buang serta susu khas turut akan disalurkan dalam masa terdekat.

Beliau yang masih bujang kini tinggal bersama ibunya serta dua orang adik. Keluarga ini hanya bergantung kepada pencen arwah bapanya yang pernah berkhidmat sebagai anggota tentera. Salah seorang adiknya tidak dapat bekerja kerana menghidap masalah saraf sejak kecil, manakala seorang lagi bertugas sebagai guru dan menjadi antara tulang belakang keluarga.

Semoga bantuan yang disalurkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung serta memberi kekuatan kepada keluarga ini untuk meneruskan kehidupan. Terima kasih kepada para pembayar zakat yang sentiasa istiqamah menunaikan kewajipan mereka. Setiap zakat yang ditunaikan menjadi asbab hadirnya sinar harapan buat mereka yang sedang diuji.

Turun ziarah ialah Pegawai MAINS Daerah Port Dickson, Pn. Nur Azizah Abdul Aziz bersama pasukannya.


Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 16-Julai-2026

bottom of page