top of page

SAMBUTAN MAAL HIJRAH ASNAF NILAI

  • 17 Jun
  • 1 min membaca

Pada hari ini, MAINS telah menganjurkan Program Sambutan Maal Hijrah Bersama Asnaf Fakir dan Miskin dalam kawasan Nilai yang diadakan di Masjid Kariah Kampung Pulai Lambar, Labu.

Program telah dihadiri seramai 164 orang asnaf daripada golongan fakir dan miskin. Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh Penolong Pegawai MAINS Cawangan Nilai, En. Khairul Aifaa Md Salleh bagi memberikan penerangan berkaitan peranan MAINS serta inisiatif bantuan yang disediakan kepada golongan asnaf.

Program kemudiannya diteruskan dengan ceramah khas sempena Maal Hijrah yang bertajuk Sambutan Maal Hijrah dan telah disampaikan oleh Ustaz Nahar Afendi bin Ghazali. Ceramah tersebut memberi penekanan kepada penghayatan makna hijrah serta kepentingan melakukan perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik berlandaskan ajaran Islam.

Penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan sambutan Maal Hijrah di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara MAINS dan para asnaf. Para asnaf yang hadir turut menerima saguhati kehadiran sebagai penghargaan atas penyertaan mereka dalam program tersebut.

Turut hadir Pegawai MAINS Cawangan Nilai, Pn. Che Som Omar dan Pengerusi Masjid Kariah Kampung Pulai Lambar, Tn. Hj. Zahid Hut.


Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 16-Julai-2026

bottom of page