top of page

SAMBUTAN MAAL HIJRAH BERSAMA ASNAF SENAWANG

  • 17 Jun
  • 1 min membaca

Seramai 79 orang asnaf fakir dan miskin dari sekitar Senawang telah menghadiri Program Sambutan Maal Hijrah Bersama Asnaf di Masjid Sayyidatina Aisyah, Bandar Seremban Selatan, hari ini.

Program tersebut diadakan bagi menyemarakkan penghayatan Maal Hijrah serta memperkukuhkan semangat perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik dalam kalangan para asnaf.

Antara pengisian utama program ialah ceramah perdana bertajuk 'Hijrah: Paksa atau Rela'yang disampaikan oleh Pakar Motivasi Kekeluargaan, Tn. Husyim Salleh.

Ceramah tersebut mengupas makna hijrah yang sebenar, iaitu keberanian untuk berubah, memperbaiki diri serta terus melangkah ke hadapan walaupun berdepan pelbagai cabaran kehidupan.

Sambutan Maal Hijrah bukan sekadar memperingati perpindahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah, malah menjadi medan muhasabah untuk setiap individu menilai perjalanan hidup dan memperbaharui azam ke arah yang lebih baik. Semangat hijrah ini turut mengingatkan bahawa setiap perubahan yang dilakukan dengan niat yang ikhlas akan membuka ruang kepada rezeki, ketenangan dan keberkatan yang lebih luas.

Turut hadir memeriahkan program ialah Pengarah, Jabatan Zakat MAINS, Tn. Mahadi Ali.

‘TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT. ANDA HERO ASNAF!’



Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 16-Julai-2026

bottom of page