top of page

ISU TULAR THREADS: PAK CIK ROSLY, UBI & KUCING-KUCINGNYA

  • 23 Jun
  • 2 min membaca

Updated: 24 Jun


Beberapa hari lalu, agak tular di laman Threads mengenai kisah pak cik Rosly yang hanya memakan ubi kayu goreng bersama kucing-kucingnya.

Terima kasih diucapkan kepada para pengguna media sosial yang prihatin sama ada mereka yang menyampaikan maklumat terus kepada MAINS dan mereka yang telah membantu pak cik Rosly dengan wang ringgit atau barangan keperluan.

Terlebih dahulu, berdasarkan rekod, pak cik Rosly ialah seorang penerima bantuan zakat MAINS secara bulanan sejak tahun 2018 berjumlah RM250. Beliau turut menerima bantuan bulanan barangan dapur berjumlah RM100 selain bantuan daripada pihak JKM berjumlah RM600 sebulan.

Selain itu, berdasarkan rekod juga, pak cik Rosly pernah dibantu melalui dana zakat dengan bantuan membaiki motor pada Disember 2025 berjumlah RM500 dan bantuan perubatan berjumlah RM450 dalam tahun yang sama.

Cakna dengan kisah tular tersebut, MAINS telah turun menziarahi pak cik Rosly di rumah yang ditumpanginya di Kampung Baru Sungai Menyala, Port Dickson pagi tadi.

Alhamdulillah, Pak cik Rosly sihat, bertenaga malah baru pulang daripada bertemu rakan-rakan ketika kami tiba di kediamannya. Beliau bercerita, bukan niat untuk meraih simpati dengan hantaran di laman Threads tempoh hari, tetapi hanya ingin berkongsi kisah beliau bersama 5 ekor kucing yang dipelihara.

Hantaran beliau mendapat perhatian warganet dengan ramai yang telah memberi sumbangan wang ringgit melalui pindahan kod QR dan serahan barangan di rumah malah turut ada yang mengirim bantuan melalui kurier.

Walau bagaimanapun, keadaan rumah pak cik Rosly kelihatan sangat tidak terurus. MAINS yang hadir bersama-sama Penghulu, En. Ahmad Fareez Mohamad Fauzi, insya-Allah akan cuba membantu mengadakan gotong-royong demi keselesaan warga emas ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pengguna media sosial yang berhemah dan budiman. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada para pembayar zakat.

Turun ziarah ialah Pegawai MAINS Daerah Port Dickson, Pn. Nur Azizah Abdul Aziz bersama pasukannya.


Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 15-Julai-2026

bottom of page