top of page

PROGRAM ASAS SEMBELIHAN BERI PENDEDAHAN KEPADA MUALAF

  • 20 Jun
  • 1 min membaca

Seramai 45 orang mualaf yang terdiri daripada masyarakat berbangsa Cina, India, Orang Asli serta saudara baharu dari Sabah dan Sarawak telah mengikuti Program Asas Sembelihan yang berlangsung di Kompleks as-Sa’adah MAINS.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kaedah sembelihan yang menepati syariat Islam melalui gabungan sesi teori dan latihan praktikal. Sepanjang program, para peserta berpeluang mempelajari serta mempraktikkan proses penyembelihan melibatkan tiga ekor kambing dan 40 ekor ayam di bawah bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman.

Program telah dirasmikan oleh Pengarah, Jabatan Wakaf dan Mal, MAINS, Tn. Hj. Norazman Amat. Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah, JHEAINS, Dr. Yusaini Yusoff.

Penganjuran program seperti ini bukan sahaja membantu memperkukuhkan kefahaman saudara baharu terhadap tuntutan syariat, malah menjadi platform untuk meningkatkan keyakinan mereka dalam mengamalkan cara hidup Islam secara lebih menyeluruh.


Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 10-Julai-2026

bottom of page