top of page

PROGRAM ‘ENGLISH IN ACTION’ PERKASA KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS PELAJAR DASS

  • 22 Jun
  • 1 min membaca

Kompleks Darul Asnaf Sri Sendayan (DASS) MAINS telah menganjurkan Program ‘English In Action’ selama dua hari satu malam pada hujung minggu lalu yang melibatkan seramai 32 orang pelajar kompleks tersebut.

Program ini diadakan bagi menyediakan platform pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan praktikal dalam usaha meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar DASS.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti berkumpulan, permainan bahasa, cabaran komunikasi, sesi pengucapan awam serta aktiviti kreatif yang dirangka khusus untuk meningkatkan keyakinan diri dan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

Melalui pendekatan pembelajaran yang santai dan berfokuskan penyertaan aktif, program ini berjaya memberi pendedahan kepada peserta untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam situasi harian selain membantu memperkukuhkan kemahiran komunikasi secara lebih berkesan.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Ketua Kompleks DASS MAINS, En. Mohd. Syafiq Abdul Rashid.


Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 15-Julai-2026

bottom of page