top of page

MENGGENDONG HARAPAN, MENJULANG WARISAN PERKUKUH INSTITUSI KELUARGA ASNAF

  • 25 Jun
  • 1 min membaca

Program kekeluargaan MAINS bersama asnaf bertemakan 'Menggendong Harapan, Menjulang Warisan' dengan kerjasama AADK Daerah Jelebu telah berlangsung dengan jayanya di Balai Raya Felda Pasoh 1 semalam.

Program tersebut melibatkan penyertaan seramai 20 buah keluarga asnaf bersama ahli keluarga masing-masing dengan jumlah kehadiran seramai 40 orang peserta.

Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan institusi keluarga yang kukuh sebagai asas dalam membentuk jati diri anak-anak serta melahirkan generasi yang berdaya tahan, berakhlak mulia dan mempunyai hala tuju yang positif.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti sesi Ceramah Keibubapaan yang disampaikan oleh Penolong Kaunselor MAINS, En. Mohd Hafizuddin Hafiz. Sesi tersebut memberi penekanan kepada peranan penting ibu bapa dalam membentuk sahsiah, akhlak serta jati diri anak-anak demi memastikan pembangunan keluarga yang sejahtera dan harmoni.

Program turut diserikan dengan kuiz interaktif serta aktiviti 'family bonding' yang memberi peluang kepada peserta mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam suasana santai dan bermakna.

Aktiviti yang dijalankan berjaya mewujudkan interaksi positif dalam kalangan peserta serta memperkukuhkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

Semoga usaha dan kerjasama yang dijalinkan melalui program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta terus memperkukuhkan kesejahteraan keluarga dalam komuniti.



Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 15-Julai-2026

bottom of page